Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : menjadi marah (dan mengganas atau menyerang), naik radang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
naik (kata kerja)
1. Bersinonim dengan bergerak ke atas: meninggi, mengatas, membumbung, rafak, mumbul,
Berantonim dengan turun

2. Bersinonim dengan mendaki: memanjat
Berantonim dengan turun

3. Bersinonim dengan mengenderai: menunggang, membawa, memandu,

4. Bersinonim dengan bertambah: meningkat, menjulang,
Berantonim dengan turun

Kata Terbitan : menaiki, menaikkan, kenaikan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
water drivepacuan airKejuruteraanPetroleumMekanisme pendorong semula jadi yang menolak minyak naik dari subpermukaan (dalam reserbor) ke permukaan bumi melalui telaga, yang berpunca daripada tekanan hidrostatik jisim air yang terdapat di sebelah bawah lapisan minyak dalam reserbor. Mekanisme ini merupakan pemacu yang umum terdapat dalam satu-satu reserbor.
gas drivepacuan gasKejuruteraanPetroleumMekanisme pendorong semula jadi yang menolak minyak naik dari subpermukaan (dalam reserbor) ke permukaan bumi melalui telaga, yang berpunca daripada tekanan dan pengembangan gas yang wujud dalam tukup gas.
miscible drivepacuan larut campurKejuruteraanPetroleumMekanisme pendorong yang menolak minyak naik dari subpermukaan (dalam reserbor) ke permukaan bumi melalui telaga, yang berpunca daripada tekanan larut campur yang disuntik ke dalam reserbor. Larut campur ini terdiri daripada campuran dua atau lebih sebatian misalnya, propana, gas petroleum cecair, gas asli, gas karbon dioksida dan lain-lain yang bersifat mengurangkan daya tarikan permukaan antara air dengan minyak. Larut campur ini disuntik ke dalam reserbor dengan tujuan untuk mendapatkan perolehan minyak tambahan.
breakout oilminyak terkeluarKejuruteraanPetroleumMinyak yang naik ke permukaan lumpur, yang sebelumnya merupakan sebahagian daripada lumpur itu sendiri. Minyak ini bergabung dengan air dalam lumpur sebagai emulsi.
lease block methodkaedah blok pajakanKejuruteraanPetroleumKaedah pembayaran rolyati bagi pajakan kawasan minyak. Dalam sistem ini, royalti dibayar berdasarkan skala gelangsar atau skala turun naik yang sebanding dengan pengeluaran minyak yang diperolehi. Dalam kaedah ini, royalti dibayar mengikut kadar yang tetap terhadap semua minyak yang dikeluarkan sehingga keluaran minyak tersebut mencapai nilai tertentu. untuk pengeluaran minyak yang melebihi nilai tersebut, royalti bagi lebihannya dibayar mengikut kadar yang rendah daripada kadar yang tetap itu.
skimming tanktangki siringKejuruteraanTiadaTangki yang disusun supaya bahan terapung seperti minyak, lemak, sabun dan lain-lain, boleh naik ke permukaan air dan disingkirkan semasa proses olahan air sisa.
oil and gas separatorpemisah minyak dan gasKejuruteraanPetroleumKelengkapan pengeluaran di permukaan yang digunakan untuk memisahkan komponen-komponen cecair daripada unsur-unsur gas yang terdapat bersama-sama di dalam aliran bendalir telaga yang telah dikeluarkan ke permukaan. Proses pemisahan yang terjadi berdasarkan kepada prinsip graviti, iaitu cecair yang lebih berat akan jatuh ke bahagian bawah dan gas yang lebih ringan akan naik ke bahagian atas. Berdasarkan kepada reka bentuknya, pemisah minyak dan gas terbahagi kepada tiga jenis, iaitu pemisah minyak dan gas yang menegak, mendatar dan sfera.

Kembali ke atas