Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[na.jis] | نجيس

Definisi : 1. kotoran (spt air kencing, tahi) yg membatalkan sembahyang: orang Islam tidak boleh kena air liur anjing, ~; 2. sesuatu yg mencemarkan: awak semua selalu buat kotor dan suka menabur ~ di tengah jalan; ~ besar tahi; ~ kecil air kencing; 3. bp jijik: ~ melihat kelakuannya itu; ~ dadah dadah yg mem­bahayakan orang yg menyalahgunakannya; membasuh ~ dgn mala prb menutup ke­salahan atau rasa malu dgn cara yg lebih menghinakan lagi; bernajis dinodai, dikotori atau dicemari najis: pakaian itu masih ~;menajiskan 1. menjadikan kotor, men­cemar­­­­kan, mengotorkan: ~ benda yg suci; 2. menganggap najis (tidak suci, cemar): jangan dekati barang yg dinajiskan agama; ternajis menjadi kotor, menjadi cemar, tercemar: hati itulah yg hendak dijaga supaya tidak ~ dan tercemar; kenajisan perihal najis, kekotoran, ke­cemar­an. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[na.jis] | نجيس

Definisi : 1 tidak suci (dr segi agama Islam); kotor: Air liur anjing adalah ~. 2 se­sua­tu yg kotor (spt tahi, air kencing); kotor­an. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
najis (kata nama)
Bersinonim dengan tahi, air kencing, kumuhan, kumbahan, kotoran, buangan;,
Kata Terbitan : menajiskan, ternajis, kenajisan,

Peribahasa

Mengejar (= mengejan) tuah,
     najis keluar.

Bermaksud :

Terlampau mengharap-harapkan kemuliaan, mendapat hina sebaliknya. ejan = teran.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
penyahtinjaandefecationProses pembuangan najis atau tinja melalui dubur.Menengah Rendah
penyahtinjaandefaecationProses pembuangan najis melalui dubur.Sekolah Rendah
biojisimbiomassBahan daripada tumbuhan atau najis haiwan yang digunakan untuk menghasilkan bahan api. Contohnya, tahi lembu. Lihat RajahSekolah Rendah
penyahtinjaandefecationPembuangan sisa badan atau najis melalui dubur.Menengah Atas
cirit-biritdiarrhoeaKeadaan apabila seseorang mengeluarkan najis cair dengan kerap akibat keracunan makanan, perengsaan dadah dan bahan kimia, disenteri, dan taun.Menengah Atas
cirit-biritdiarrhoeaKeadaan yang menyebabkan seseorang mengeluarkan najis cair dengan kerap.Sekolah Rendah
baja aslinatural fertilizerBaja yang dihasilkan daripada najis haiwan atau tumbuh-tumbuhan yang sudah reput. Contohnya, baja kompos. Lihat RajahSekolah Rendah
biogasbiogasGas mudah terbakar yang terhasil daripada penapaian najis haiwan melalui respirasi anaerob bakteria. Biogas digunakan sebagai sumber tenaga. Contohnya, metana.Menengah Rendah
pencemaran airwater pollutionPencemaran terhadap kualiti air yang disebabkan oleh najis, bahan buangan atau toksin industri.Menengah Rendah
duburanusBukaan pada bahagian hujung salur alimentari yang berfungsi untuk mengeluarkan najis dari badan.Menengah Rendah
12

Kembali ke atas