Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[na.jis] | نجيس

Definisi : 1. kotoran (spt air kencing, tahi) yg membatalkan sembahyang: orang Islam tidak boleh kena air liur anjing, ~; 2. sesuatu yg mencemarkan: awak semua selalu buat kotor dan suka menabur ~ di tengah jalan; ~ besar tahi; ~ kecil air kencing; 3. bp jijik: ~ melihat kelakuannya itu; ~ dadah dadah yg mem­bahayakan orang yg menyalahgunakannya; membasuh ~ dgn mala prb menutup ke­salahan atau rasa malu dgn cara yg lebih menghinakan lagi; bernajis dinodai, dikotori atau dicemari najis: pakaian itu masih ~;menajiskan 1. menjadikan kotor, men­cemar­­­­kan, mengotorkan: ~ benda yg suci; 2. menganggap najis (tidak suci, cemar): jangan dekati barang yg dinajiskan agama; ternajis menjadi kotor, menjadi cemar, tercemar: hati itulah yg hendak dijaga supaya tidak ~ dan tercemar; kenajisan perihal najis, kekotoran, ke­cemar­an. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[na.jis] | نجيس

Definisi : 1 tidak suci (dr segi agama Islam); kotor: Air liur anjing adalah ~. 2 se­sua­tu yg kotor (spt tahi, air kencing); kotor­an. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
najis (kata nama)
Bersinonim dengan tahi, air kencing, kumuhan, kumbahan, kotoran, buangan;,
Kata Terbitan : menajiskan, ternajis, kenajisan,

Peribahasa

Mengejar (= mengejan) tuah,
     najis keluar.

Bermaksud :

Terlampau mengharap-harapkan kemuliaan, mendapat hina sebaliknya. ejan = teran.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
jehek[dZE.hE/]kata adjektifberkenaan lumpur, najis, tanah yang lembik dan bertaburan pada sesuatu tempat.Laman rumah jehek pase lembu berak.[lA.mAn Äu.mAh dZE.hE/ pA.sE l«m.bu b«.ÄA/]Halaman rumah kotor kerana tahi lembu bertaburan di sana sini.
bete[b«.t«]kata namaalas tilam daripada kain berwarna putih yang digunakan oleh pasangan pengantin pada malam pertama.Mok basoh bete pase keno berok kuceng.[m/ bA.soh b«.t« pA.sE k«.n bE.č/ ku.tSeN]Emak membasuh alas tilam kerana terkena najis kucing.
selepet[s«.lE.pEt]kata adjektifberkenaan kekotoran cair seperti tahi atau lumpur yang melekit; sempelet.Punggung adek selepet dengan taik, pase adek saket perot.[puN.guN A.de s«.lE.pEt d«.NAn tA.i pA.sE A.de sA.ket p«.Äot]Punggung adik melekit dengan najis kerana adik sakit perut.

Kembali ke atas