Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[na.jis] | نجيس

Definisi : 1. kotoran (spt air kencing, tahi) yg membatalkan sembahyang: orang Islam tidak boleh kena air liur anjing, ~; 2. sesuatu yg mencemarkan: awak semua selalu buat kotor dan suka menabur ~ di tengah jalan; ~ besar tahi; ~ kecil air kencing; 3. bp jijik: ~ melihat kelakuannya itu; ~ dadah dadah yg mem­bahayakan orang yg menyalahgunakannya; membasuh ~ dgn mala prb menutup ke­salahan atau rasa malu dgn cara yg lebih menghinakan lagi; bernajis dinodai, dikotori atau dicemari najis: pakaian itu masih ~;menajiskan 1. menjadikan kotor, men­cemar­­­­kan, mengotorkan: ~ benda yg suci; 2. menganggap najis (tidak suci, cemar): jangan dekati barang yg dinajiskan agama; ternajis menjadi kotor, menjadi cemar, tercemar: hati itulah yg hendak dijaga supaya tidak ~ dan tercemar; kenajisan perihal najis, kekotoran, ke­cemar­an. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[na.jis] | نجيس

Definisi : 1 tidak suci (dr segi agama Islam); kotor: Air liur anjing adalah ~. 2 se­sua­tu yg kotor (spt tahi, air kencing); kotor­an. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
najis (kata nama)
Bersinonim dengan tahi, air kencing, kumuhan, kumbahan, kotoran, buangan;,
Kata Terbitan : menajiskan, ternajis, kenajisan,

Peribahasa

Mengejar (= mengejan) tuah,
     najis keluar.

Bermaksud :

Terlampau mengharap-harapkan kemuliaan, mendapat hina sebaliknya. ejan = teran.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
ekologi haiwan) Kajian tentang hubungan antara haiwan dengan sekitarannya. (BIO) animal manure (baja kandang) Baja organik yang berasal daripada haiwan ternakan seperti baja tahi lembu, tahi kambing dan tahi ayam. Najis tersebut biasanya dicampurkan dengan pa- sir dan kapur serta direputkan sehingga menjadi baja. (BIO) anisandrus (anisandrus) Kumbang Ambrosia kecil yang mengorek lubang ke dalam kayu dan kulit kayu pelbagai jenis petir yang berkaitan dengan perenggan sejuk. (HID) coliform bacteria (bakteria koliform) Bakteria seperti Escherichia coli yang terdapat pada usus manusia dan mama- lia lain, yang sering digunakan sebagai petunjuk kehadiran najis. Kehadiran organisma koliform dalam air, susu dan sebagainya menandakan pencemaran oleh najis haiwan atau bahan organik tercemar. (BIO) coliform index (indeks koliform) Penunjuk pencemaran air berdasarkan jumlah kiraan bakteria koliform

Kembali ke atas