Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[na.jis] | نجيس

Definisi : 1. kotoran (spt air kencing, tahi) yg membatalkan sembahyang: orang Islam tidak boleh kena air liur anjing, ~; 2. sesuatu yg mencemarkan: awak semua selalu buat kotor dan suka menabur ~ di tengah jalan; ~ besar tahi; ~ kecil air kencing; 3. bp jijik: ~ melihat kelakuannya itu; ~ dadah dadah yg mem­bahayakan orang yg menyalahgunakannya; membasuh ~ dgn mala prb menutup ke­salahan atau rasa malu dgn cara yg lebih menghinakan lagi; bernajis dinodai, dikotori atau dicemari najis: pakaian itu masih ~;menajiskan 1. menjadikan kotor, men­cemar­­­­kan, mengotorkan: ~ benda yg suci; 2. menganggap najis (tidak suci, cemar): jangan dekati barang yg dinajiskan agama; ternajis menjadi kotor, menjadi cemar, tercemar: hati itulah yg hendak dijaga supaya tidak ~ dan tercemar; kenajisan perihal najis, kekotoran, ke­cemar­an. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[na.jis] | نجيس

Definisi : 1 tidak suci (dr segi agama Islam); kotor: Air liur anjing adalah ~. 2 se­sua­tu yg kotor (spt tahi, air kencing); kotor­an. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
najis (kata nama)
Bersinonim dengan tahi, air kencing, kumuhan, kumbahan, kotoran, buangan;,
Kata Terbitan : menajiskan, ternajis, kenajisan,

Peribahasa

Mengejar (= mengejan) tuah,
     najis keluar.

Bermaksud :

Terlampau mengharap-harapkan kemuliaan, mendapat hina sebaliknya. ejan = teran.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
coprophagykoprofagiVeterinarTiadaSatu tabiat semula jadi arnab dan sesetengah haiwan yang memakan semula najis lembut yang dikeluarkan. Haiwan-haiwan ini berupaya mengeluarkan dua jenis najis, iaitu najis keras atau kering (najis biasa) dan najis lembut, iaitu daripada sekum. Najis lembut ini dikeluarkan sekali sahaja pada setiap pagi sebelum najis keras dikeluarkan. Haiwan tersebut akan menjilat semula najis ini untuk mendapatkan nutrien seperti elektrolit, protein dan asid amino serta vitamin yang dihasilkan dalam sekum oleh bakteria tertentu. Sebahagian besar nitrogen (60-80%) dalam najis lembut terdiri daripada sel-sel bakteria. Najis lembut ini mengandungi nilai serabut yang rendah di samping kandungan asid organik yang tinggi.
toxoplasmosistoksoplasmosisAIDSTiadaPenyakit yang disebabkan oleh protozoa Toxoplasma gondii yang terdapat pada najis najis kucing dan daging haiwan ternakan. Bagi pesakit HIV/AIDS, ia boleh menyebabkan ensefalitis yang teruk sehingga boleh membawa maut.
المأ لمتنجسair mutanajjisAgama IslamFiqhAir yang terkena najis atau bercampur dengan najis yang mengubah sifat asalnya.
faecal softenerpelembut najisPerubatanTiadaKumpulan ubat yang digunakan untuk melembutkan najis. Ubat ini akan memudahkan kemasukan air dan lemak ke dalam najis dan digunakan dalam rawatan sembelit. Penggunaan yang berlebihan akan menyebabkan cirit-birit. Contohnya, Docusate dan Glycerine.
faecal coliformkoliform najisMakanan dan PemakananTeknologi MakananOrganisma penunjuk yang digunakan dengan meluas dalam industri makanan untuk mengesan kontaminasi makanan oleh najis manusia atau haiwan. Organisma ini digunakan sebagai penunjuk kerana sering terdapat dalam najis. Kehadiran organisma penunjuk dalam makanan menunjukkan keadaan pemprosesan dan pengendalian makanan yang tidak bersih. Jenis koliform najis yang biasa ialah E. coli.
faecal lubricantpelincir najisPerubatanTiadaKumpulan ubat yang melincirkan perjalanan najis di dalam kolon dan rektum yang digunakan dalam rawatan sembelit. Ia biasanya terdiri daripada minyak mineral seperti Paraffin yang bertindak menghalang penyerapan air dari najis. Penggunaan yang berpanjangan akan mengurangkan penyerapan vitamin larut lemak.
composite manurebaja asli kompositPertanianAgroteknologiBaja asli yang terhasil daripada campuran beberapa sumber buangan haiwan seperti najis lembu, kambing dan ayam itik. Najis ayam contohnya, mengandungi sumber nitrogen yang tinggi kerana ia mengandungi urea dan hidrogen sulfida. Sebaik-baiknya, najis ini perlu direputkan terlebih dahulu sebagai kompos untuk menyahtoksikkan urea dan hidrogen sulfida kepada bentuk nitrat dan asid amino yang berfaedah kepada tanaman. Nitrogen merupakan sumber asid amino yang penting untuk pertumbuhan daun dan klorofil, manakala fosfat penting untuk pembungaan.
stool softenerpelembut najisFarmasiTiadaAgen perubatan yang digunakan untuk memudahkan pengeluaran najis dengan cara meningkatkan kandungan cecairnya melalui tindakan surfaktan.
dung flylalat tahiBiologiEntomologiLalat dalam kumpulan Cyclorrhapha. Lalat jantan dalam kumpulan ini mempunyai banyak bulu. Lalat ini biasanya ditemukan di sekeliling najis dan bertelur di dalam najis. Larvanya juga hidup di dalam najis dan kemudiannya mempupa di dalam tanah. Lalat dewasa menghisap nectar dan juga akan membunuh dan menghisap bendalir daripada serangga lain.
poultry manurenajis poltriVeterinarTiadaSisa buangan dalam kandang poltri terutamanya bagi ayam yang dipelihara di dalam sangkar atau berlantai selat. Sisa ini terdiri daripada najis, bulu, makanan yang tertumpah dan telur yang pecah. Bahan ini mengandungi nitrogen bukan protein (NPN) yang tinggi iaitu sebanyak 30-35% dan boleh dijadikan sebagai sumber makanan ternakan apabila dikeringkan dan dibasmi kuman. Bahan ini juga sangat sesuai digunakan sebagai baja tanaman.
12345678910...

Kembali ke atas