Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[na.lu.ri] | نلوري

Definisi : 1. desakan hati utk melaksanakan sesuatu, tabiat semula jadi: keinginan mahu tahu adalah suatu ~; 2. ark adat yg diwarisi turun-temurun, tradisi; kenalurian keadaan naluri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[na.lu.ri] | نلوري

Definisi : tabiat yg menjadi pembawaan; dorongan hati yg menggerakkan seseorang utk berbuat sesuatu: Sekalian binatang mempunyai ~ utk makan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
naluri (kata nama)
Bersinonim dengan gerak hati, rasa, rasa-rasa, perasaan, dorongan hati, gesaan hati, garisah, firasat, intuisi.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1) Apakah beza dari segi maksud sebenar antara perkataan id, nafsu, dan naluri? 2)Apakah beza dari segi maksud sebenar antara perkataan norma, nilai, moral, dan etika? TERIMA KASIH...Id ialah bahagian minda yang berhubungan dengan naluri dan dorongan bawah sedar; nafsu ialah keinginan yang keras, kehendak atau kemahuan yang kuat; naluri ialah desakan hati untuk melaksanakan sesuatu, tabiaat semula jadi; norma ialah peraturan atau ketentuan yang menjadi kebiasaan yang dijangka dipatuhi oleh sertiap anggota masyarakat; nilai ialah darjat, kualiti, taraf; moral ialah ajaran atau pegangan tentang buruk baik sesuatu perbuatan; etika ialah prinsip moral atau akhlak atau nilai yang menjadi pegangan seseorang atau kumpulan.Makna09.02.2008
apakah maksud "pengkid"Pengkid ialah wanita yang berperwatakan seperti lelaki dan mempunyai naluri seksual terhadap kaum sejenis. Istilah02.02.2009
Apakah judul novel terbaharu terbitan DBP Sarawak?Judul-judul novel terbaharu terbitan DBP Cawangan Sarawak bagi tahun 2007 ialah Katarsis Perjuangan (Mohd. Faizal Jamil), Naluri Hidayah (Sarimah Alit), Bara Yang Menyala (Jaya Ramba), Kumpulan Cerita Rakyat Sarawak Dayang Puteri (diselenggara oleh Jiso Rutan), Bunga Yang Menangis (Jaafar Hamdan) dan Sari Rahsia Terindah (Rosani Hiplee)Lain-lain12.11.2007
Adakah penggunaan kata perumpamaan atau kata-kata bayangan dalam penulisan sajak berdasarkan sesuatu tatacara atau dipilih oleh penulis berdasarkan kefahamannya terhadap satu-satu kata?Penggunaan kata perumpamaan/kata-kata bayangan/metafora adalah dipilih sendiri oleh penulis berdasarkan kepada kefahaman, naluri dan cita rasa terhadap sesuatu isu yang dihadapi. Sekian.Lain-lain20.12.2008
Perkataan 'mereka' tak boleh digunakan untuk kata ganti diri untuk haiwan. Jadi, apakah yang paling sesuai untuk digunakan dalam ayat seperti berikut; "Don't let them out. They will catch a cold" "Their room." "They are searching the room using their instinct." They dan their dalam ayat ini merujuk kepada kucing peliharaan. Jika menggunakan 'kucing-kucing itu' di dalam ayat, ia akan asyik berulang-ulang dan seperti tidak tepat kerana ia seperti merujuk kepada kucing yang bukan peliharaan. "Jangan biarkan kucing-kucing itu keluar. Kucing-kucing itu akan terkena selsema." "Kucing-kucing itu mencari bilik ______ menggunakan naluri _______." Jadi, apakah yang paling sesuai untuk digunakan dalam ayat seperti di atas? Seperkara lagi, ayat berikut. "They are always together." They dalam ayat ini merujuk kepada anjing-anjing dan kucing-kucing peliharaan dalam kuantiti yang banyak. Jika menggunakan 'anjing-anjing dan kucing-kucing ini sentiasa bersama', ia sekali lagi seperti merujuk kepada sesuatu yang bukan peliharaan. Harap dapat memberikan nasihat dan contoh yang membantu dan terperinci. Terima kasih.Mereka ialah kata ganti nama diri bagi manusia dan tidak digunakan untuk binatang. Pengulangan nama binatang tidak dapat dielakkan dalam situasi berkenaan atau boleh juga diselang-selikan dengan gelaran seperti "si comel" yang biasa digunakan untuk kucing.Tatabahasa10.02.2017

Kembali ke atas