Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[nam.pa/] | نمڤق

Definisi : 1. dapat melihat (menengok): mereka tidak ~ siapa yg mengambil surat itu tadi; 2. boleh (dapat) dilihat, kelihatan, tampak: rumahnya tidak ~ dr sini; tak ~ muka hidung tidak kelihatan langsung; ~ belang diketahui hal (keadaan, maksud, dll) yg sebenarnya; ~ dekat hanya dapat melihat dr dekat (tidak boleh melihat jauh); nampaknya rupa-rupanya: ~ kita tidak ter­daya lagi membebaskan diri drpd semua ini; menampak melihat, menengok: para pe­lakon di belakang cermin ini boleh dinampak oleh penonton; menampakkan menunjukkan, mem­­­­­­­per­­­­­­­­lihat­­­­­kan: pandangan awal mungkin ~ seolah-olah semua bahan yg wujud perlu diambil kira; ~ diri memperlihatkan (menunjukkan) diri, muncul sehingga atau supaya dapat di­lihat; ternampak 1. sudah dilihat, terlihat: kerjaku ini ~ oleh datuk sarjan; 2. dapat dilihat, kelihatan: ia memerhatikan kalau-kalau ~ sebuah kuala sungai; ternampak-nampak seolah-olah nampak pd pandangan mata, terpandang-pandang, ter­bayang-bayang;ternampakkan terlihat akan, terpandang akan: dia ~ Razman yg sedang berjalan; kenampakan dapat dilihat, kelihatan, ke­tahuan: kemarahan ibu telah ~; ® tampak I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[nam.pa/] | نمڤق

Definisi : 1 dpt melihat: Mereka tidak ~ orang yg mengambil buku itu. 2 dpt dilihat; tampak; kelihatan: Bangunan parlimen ~ dr sini. nampaknya besar kemungkinannya bahawa: ~ mereka akan berjaya lagi pd tahun ini. menam­pakkan menunjukkan supaya dpt di­lihat; memperlihatkan: ~ diri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nampak (kata kerja)
Bersinonim dengan tengok, melihat, memandang;,
Kata Terbitan : nampaknya, menampakkan, ternampak, ternampak-nampak,

Puisi
 

Pulau Pisang nampak terendam,
     Nampak dari Kuala Rambah;
Hati rindu bertambah dendam,
     Pada siapa nak menumpang susah?


Lihat selanjutnya...(125)
Peribahasa

Nampak gabak di hulu.

Bermaksud :

Ada tanda-tanda yang menunjukkan akan terjadi sesuatu hal. (Peribahasa lain yang sama makna: Gabak di hulu tanda akan hujan, cewang di langit tanda akan panas).

 

Lihat selanjutnya...(13)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
infrared telescopeteleskop inframerahFizikOptikTeleskop yang digunakan untuk mengubah imej inframerah yang tak nampak menjadi nampak dan juga membesarkan imej tersebut.
opticoptikKejuruteraanTiada2. Menjana atau mengesan cahaya nampak.,3. Cahaya nampak yang julat panjang gelombangnya lebih kurang di antara 390 ke 750 nanometer.
visible spectrumspektrum nampakKimiaTiadaSpektrum selanjar sinaran nampak, iaitu sinaran yang berada dalam julat panjang gelombang antara 380 – 780 nm. Spektrum nampak dapat dilihat pada pelangi dan pada warna-warna yang terhasil apabila cahaya putih diselerakkan oleh prisma atau parutan belauan.
photosensitivefotopekaKejuruteraanTiada1. Sifat peka terhadap tindakan cahaya boleh nampak atau tak boleh nampak.,2. Berkenaan dengan kaca khas yang berubah warna dan, dengan itu, mengubah jumlah cahaya yang dihantar apabila cahaya yang menimpanya bertambah atau berkurangan. Sinonim: fotokroma.
short-wave radiationsinaran gelombang pendekSainsHidrometeorologiSinaran dalam bahagian spektrum elektromagnet nampak dan hampir nampak (berkepanjangan gelombang kira-kira 0.4-1.0 ).
visible exporteksport nampakEkonomiTiadaEksport barang dagangan yang boleh dilihat dan disentuh. Eksport nampak termasuk getah, minyak kelapa sawit, dan komponen barang elektrik dan elektronik.
flame spectroscopyspektroskopi nyalaKimiaTiadaSpektroskopi pemancaran ultralembayung dan nampak dan spektroskopi penyerapan ultralembayung dan nampak yang menggunakan nyala untuk analisis kualitatif dan kuantitatif.
visible spectrophotometryspektrofotometri nampakHerbaTiadaKaedah analisis berdasarkan pengukuran keamatan warna suatu komponen kimia dalam bahan herba. Kaedah ini menentukan kandungan komponen kimia yang dapat menyerap sinaran nampak pada panjang gelombang antara 400 nm - 800 nm dan digunakan untuk mengawal kualiti bahan mentah dan produk herba. Contohnya assai kandungan sennosida B dalam daun senamaki dan ujian kuasa pewarnaan rosel. Sinonim kolorimetri.
green islandstompok hijauBiologiPatologiTompok-tompok yang sentiasa nampak hijau dan terhad mengelilingi atau di sekitar kawasan klorosis. Biasanya gejala ini nampak pada daun yang terserang rabuk dan karat. Kawasan hijau tersebut dipercayai berfungsi untuk menjaga keseimbangan perhubungan patogen-perumah kerana patogen tersebut adalah biotrof.
colour translating microscopemikroskop translasi warnaFizikOptikMikroskop majmuk yang menggunakan tiga jarak gelombang cahaya nampak untuk menampakkan keadaan terperinci yang dihasilkan oleh sinaran ultralembayung atau sinaran nampak yang lain.
12345678910...

Kembali ke atas