Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[na.mun] | نامون

Definisi : 1. asalkan (sahaja), kalau, sekadar: apa kehendakmu akan kuberikan, ~ jangan juga aku engkau bunuh; 2. akan (hal), berhubung dgn, berkenaan, tentang; 3. biarpun, meski­pun, sungguhpun, walaupun: ~ begitu, cerita yg berbeza-beza itu mempunyai dasar yg sama; 4. tetapi: walaupun begitu ~ ia masih perlu mengetahui sebab-musabab anak murid­­­­nya itu menangis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[na.mun] | نامون

Definisi : 1 sungguhpun; meskipun; wa­lau­­pun: Banyak bahagian Hong Kong yg berbukit bukau, ~ demikian, lebih 3.7 juta orang tinggal di tanah jajahan yg kecil itu. 2 tetapi: Walaupun Laksamana Hang Tuah telah lama meninggalkan kita, ~ nama dan semangat kepahlawanannya tetap hidup dlm ingatan seluruh bangsa. 3 asalkan; sekadar: Apa kehendakmu ku­beri­kan, ~ jangan juga aku kaubunuh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
namun (kata tugas)
Bersinonim dengan tetapi, sebaliknya.,

Puisi
 

Kalau begitu rupanya padi,
     Namun mengindang layu-layu;
Kalau begitu rusuhnya hati,
     Mahu menumpang biduk lalu.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Cekel berhabis,
     lapuk berteduh.

Bermaksud :

Biarpun kikir namun harta akan habis juga akhirnya atau hilang percuma saja. cekel = kikir, pelit.

 

Lihat selanjutnya...(22)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Adakah penggunaan "Namun", "Namun begitu", "Sebenarnya", "Dulu" & "Sekarang" pada permulaan ayat perlu diletakkan tanda koma? Terima kasih.Penggunaan penanda wacana pada permulaan ayat perlu diletakkan tanda koma. Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 525. Tatabahasa02.01.2021
Saya ingin mendapatkan nasihat untuk penggunaan "tetapi" di awal ayat. Saya faham penggunaan kata hubung tidak dibenarkan di awal ayat. Bagaimana boleh saya menunjukkan percanggahan dengan ayat sebelumnya? Tolong sahkan jika penggunaan di bawah adalah gramatis. 1. Namun/Namun begitu, dia tidak bercakap benar. 2. Akan tetapi, dia tidak bercakap benar. 3. Walau bagaimanapun, dia tidak bercakap benar. 4. Mengapa "tetapi" tidak boleh digunakan di pangkal ayat, tetapi "Namun" boleh? Bukankah kedua-duanya kata hubung?
Perkataan tetapi dan namun boleh berfungsi sebagai penanda wacana selain kata hubung gabungan. Penggunaan lebih gramatis apabila ditambah perkataan akan, begitu atau demikian yang akan menjadi akan tetapi, namun begitu atau namun demikian. 
Tatabahasa27.06.2021
namun, pengumpulan jauh sekali penyatuan pola-pola argumentasi mereka mengenai barat masih terdapat jauh sekali usaha menyatukan pandangan-pandangan mereka untuk dimajukan penganalisaan ilmiah kemudiannya terhadap idea-idea mereka.Sila kemukakan soalan puan kerana apa yang dikemukakan tidak jelas.Lain-lain24.01.2017
saya ingin tanya ayat berikut betul tak penggunaan kata memeberikan dan menawrkan Walaupun kemudahan ini memberikan pelbagai kebaikan, namun terdapat juga keburukannya. Namun, jikasedeorang pengguna itu bijak menapis maklumat yang berunsurkan negatif, internet menawarkan pelbagai keseronokan untuk diterokai.Walaupun kemudahan ini memberikan pelbagai kebaikan, namun terdapat juga keburukannya. Walau bagaimanapun, jika pengguna itu bijak menapis maklumat yang berunsurkan negatif, internet menyediakan pelbagai keseronokan untuk diterokai.Tatabahasa26.10.2015
Salam sejahtera tuan, adakah sungguhpun…namun kata hubung berpasangan? Oleh sebab itu, ayat ini betul? Sungguhpun pegawai tentera itu dapat melarikan diri, namun beliau tidak sanggup meninggalkan anak-anak buahnya yang diserang pemberontak. Jadi, jika namun dalam ayat ini ditukarkan kepada tetapi, ayat ini tidak betul kerana walaupun…tetapi bukan kata hubung berpasangan. Betulkah penjelasan ini?Perkataan "namun" mempunyai banyak maksud dan salah satunya ialah "tetapi". Oleh itu, penggunaan "namun" dan "tetapi" dalam ayat ini boleh digunakan bersilih ganti.Tatabahasa19.02.2022
Salam. Apakah tanda kata yang digunakan dalam tulisan Jawi? Khususnya bagi tanda kata Rumi ; dan ,. Saya melihat beberapa sumber termasuk Utusan Melayu menggunakan ⁏ dan ⹁ bagi koma bertindih dan koma, iaitu bentuk serupa dengan Rumi namun diterbalikkan. Namun terdapat juga sumber yang menggunakan tanda kata Arab iaitu ؛ dan ،. Adakah simbol-simbol seperti & boleh diterima pakai dalam tulisan Jawi? Dan adakah simbol RM bagi maksud Ringgit Malaysia dikekalkan sebegitu dalam tulisan Jawi, atau boleh digantikan dengan "ر.م." atau "رم"? Terima kasih.Penggunaan tanda baca dalam teks Jawi sama seperti teks Rumi dan diterbalikkan seperti yang diamalkan oleh Utusan Melayu kerana Rumi dan Jawi ialah teks bahasa Melayu hanya berbeza pada jenis tulisan. Dalam teks Jawi penulisan mata wang dikekalkan, contoh RM10.Lain-lain09.12.2021
Apakah perbezaan penggunaan namun dan tetapi dalam ayat melayu baku?

Kata "namun" membawa banyak maksud, antara maksudnya ialah tetapi. Oleh itu, penggunaan namun  boleh bertukar ganti dengan perkataan "biarpun", "meskipun", "tetapi" ,"sungguhpun", "walaupun" mengikut konteks dan kesesuaian ayat. Untuk maklumat lanjut, rujuk sila rujuk Kamus Dewan.

Tatabahasa30.10.2018
Tuan, mohon bantuan untuk menterjemah istilah "liquidity squeeze". Saya telah cuba membuat rujukan di PRPM namun kedua-dua perkataan tersebut diterjemah secara berasingan sebagai "kecairan" dan "keketatan". Namun begitu saya tidak yakin untuk menggunakannua kerana saya berasa kolokasinya kurang tepat iaitu kecairan dengan ketat. Saya juga terjumpa satu istilah iaitu "pereputan kecairan" namun saya tetap belum yakin sepenuhnya. Mohon jasa bail tuan. Terima kasih.Kami mencadangkan liquidity squeeze diterjemahkan sebagai "kekangan mudah tunai". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.Istilah29.03.2022
slm. Boleh semakm ayat di bawah betul atau salah. tq 1)Dia menunggu dan menunggu, namun tiada serangga yang boleh ditemui di sekitar kolam itu. (perlu ada , ke sebelum namun?)Salam sejahtera,

Ayat yang betul tiada koma seperti di bawah:

Dia menunggu dan menunggu namun tiada serangga yang boleh ditemui di sekitar kolam itu.

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa06.12.2018
Adakah kata hubung "namun" di permulaan atau pertengahan ayat mesti diikuti oleh tanda koma? Jika tak semestinya, mohon berikan contoh ayat untuk menunjukkan bezanya. Terima kasih.

Perkataan "namun" merupakan kata hubung keterangan pertentangan yang berada di tengah-tengah ayat dan memerlukan tanda koma. Contohnya, walaupun Laksamana Hang Tuah telah lama meninggalkan kita, namun nama dan semangat kepahlawanannya tetap hidup dalam ingatan seluruh bangsa.

Tatabahasa12.10.2017
12345678910...

Kembali ke atas