Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[na.mun] | نامون

Definisi : 1. asalkan (sahaja), kalau, sekadar: apa kehendakmu akan kuberikan, ~ jangan juga aku engkau bunuh; 2. akan (hal), berhubung dgn, berkenaan, tentang; 3. biarpun, meski­pun, sungguhpun, walaupun: ~ begitu, cerita yg berbeza-beza itu mempunyai dasar yg sama; 4. tetapi: walaupun begitu ~ ia masih perlu mengetahui sebab-musabab anak murid­­­­nya itu menangis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[na.mun] | نامون

Definisi : 1 sungguhpun; meskipun; wa­lau­­pun: Banyak bahagian Hong Kong yg berbukit bukau, ~ demikian, lebih 3.7 juta orang tinggal di tanah jajahan yg kecil itu. 2 tetapi: Walaupun Laksamana Hang Tuah telah lama meninggalkan kita, ~ nama dan semangat kepahlawanannya tetap hidup dlm ingatan seluruh bangsa. 3 asalkan; sekadar: Apa kehendakmu ku­beri­kan, ~ jangan juga aku kaubunuh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
namun (kata tugas)
Bersinonim dengan tetapi, sebaliknya.,

Puisi
 

Kalau begitu rupanya padi,
     Namun mengindang layu-layu;
Kalau begitu rusuhnya hati,
     Mahu menumpang biduk lalu.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Cekel berhabis,
     lapuk berteduh.

Bermaksud :

Biarpun kikir namun harta akan habis juga akhirnya atau hilang percuma saja. cekel = kikir, pelit.

 

Lihat selanjutnya...(22)


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
dimulakan. Sinonim sektor but. rentetan (Ig. string; Br. untaian; Id. string) Susunan aksara yang boleh berbentuk ASCII, perenambelasan, bit perduaan dan yang seumpamanya. Walaupun rentetan boleh mempunyai panjang yang pelbagai namun panjang ini boleh dianggap sebagai panjang yang tidak tetap yang mempunyai kekangan masing-masing. Umumnya, dalam bahasa pengaturcaraan, rentetan boleh dibahagikan kepada dua jenis data rentetan, iaitu rentetan panjang tetap 4:02:12 PM 129 superpepijat (Ig. superbug; Br. superpepijat; Id. superkutu) Virus atau kod hasad yang tidak boleh dikesan atau dibuang oleh perisian antivirus. Walaupun superpepijat belum pernah wujud, namun superpepijat dijangka akan mempunyai ciri polimorfisma tandatangan yang kompleks untuk mengaburi imbasan dari perisian antivirus dan juga kaedah merebak dan arahan pemusnah yang berbeza atau sentiasa berubah. Ciri ini boleh

Kembali ke atas