Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[na.mun] | نامون

Definisi : 1. asalkan (sahaja), kalau, sekadar: apa kehendakmu akan kuberikan, ~ jangan juga aku engkau bunuh; 2. akan (hal), berhubung dgn, berkenaan, tentang; 3. biarpun, meski­pun, sungguhpun, walaupun: ~ begitu, cerita yg berbeza-beza itu mempunyai dasar yg sama; 4. tetapi: walaupun begitu ~ ia masih perlu mengetahui sebab-musabab anak murid­­­­nya itu menangis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[na.mun] | نامون

Definisi : 1 sungguhpun; meskipun; wa­lau­­pun: Banyak bahagian Hong Kong yg berbukit bukau, ~ demikian, lebih 3.7 juta orang tinggal di tanah jajahan yg kecil itu. 2 tetapi: Walaupun Laksamana Hang Tuah telah lama meninggalkan kita, ~ nama dan semangat kepahlawanannya tetap hidup dlm ingatan seluruh bangsa. 3 asalkan; sekadar: Apa kehendakmu ku­beri­kan, ~ jangan juga aku kaubunuh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
namun (kata tugas)
Bersinonim dengan tetapi, sebaliknya.,

Puisi
 

Kalau begitu rupanya padi,
     Namun mengindang layu-layu;
Kalau begitu rusuhnya hati,
     Mahu menumpang biduk lalu.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Cekel berhabis,
     lapuk berteduh.

Bermaksud :

Biarpun kikir namun harta akan habis juga akhirnya atau hilang percuma saja. cekel = kikir, pelit.

 

Lihat selanjutnya...(22)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
bertindak pada satu titik. Daya ini merupakan kuantiti vektor yang diukur dalam unit newton (N). Dalam keadaan sebenar, semua daya bertindak pada kawasan yang terhingga dan bukan pada suatu titik. Namun demikian, untuk tujuan praktis, banyak daripadanya mempunyai luas kawasan tindakan yang boleh diabaikan. (FIZ) concentric canker (cerana sepusar) Cerana yang bercirikan tisu luar yang tebal (kalus) seperti bibir yang menge yang sudah lama pu- pus ini merupakan kumpulan haiwan yang dominan pada zaman Jurasik dan Kretaseus. Sesetengah spesies haiwan ini merupakan haiwan daratan terbesar yang pernah wujud di muka bumi, namun terdapat juga yang saiznya sekecil burung merpati. (BIO) dioctyl phthalate (dioktil ftalat) Pemplastik yang biasa digunakan dalam sebatian polivinil klorida. Bahan ini juga sesuai digunakan sebagai pemplastik untuk polimetil metakrilat

Kembali ke atas