Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[nan] | نن

Definisi : Mn 1. yang; 2. kata yg disisipkan utk me­­lengkapkan (menggenapkan) baris sajak dll: hari pagi bunga ~ kembang, bunga yg merah mala dahulu .... (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nan

Puisi
 

Telah masak rambai nan manis,
     Tidak boleh nan muda lagi;
Telah bengkak mata menangis,
     Emak tak dapat bersua lagi.


Lihat selanjutnya...(31)
Peribahasa

Nan berseluk urat,
     nan berjumbai akar,
nan berlambai pucuk.

Bermaksud :

Kaum keluarga itu sekalipun sudah berjauhan tetapi perhubungan masih tetap ada. seluk = lilit, belit; lambai = berayun-ayun turun naik.

 

Lihat selanjutnya...(20)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam hormat, tuan. Saya ada sedikit kemusykilan tentang penggunaan kata "nan" yang membawa maksud 'yang'. Adakah boleh kata "nan" digunakan pada sebarang keadaan? Sebelum ini saya ada terdengar tentang kata "nan" hanya digunakan sekiranya kata sebelumnya berakhir dengan huruf 'n'. Misalnya; frasa "lautan nan luas". Jadi, frasa "karya nan indah" dianggap tidak gramatis kerana kata 'karya' tidak diakhiri dengan huruf 'n'. Saya musykil tentang ini. Mohon penjelasan daripada pihak tuan.Tidak ada dapatan sedemikian dalam rujukan kami. Kata "nan" boleh digunakan bagi membawa maksud "yang" , contohnya rumah nan jauh.Tatabahasa15.06.2012
Nan MustaQim Aug 12th, 8:35am Salam. Mungkin tiada yg perasan. Perkataan 'usia' pada awal perkataan menggunakan huruf kecil, cuma saiznya yg besar. Harap DBP lebih cakna dalam pemilihan font. Didapati dlm buku teks BM Tahun 5 m/s 142. Terima kasihUntuk makluman tuan kami menggunakan fon jenis Azim bagi penerbitan buku teks KBSR. Oleh sebab itu, kelihatan huruf "U" pada permulaan ayat seperti huruf kecil.Lain-lain12.08.2014
Apakah perceraian suku kata bagi perkataan "permainan"? Adakah: 1. Per-ma-in-an 2. Per-ma-i-nan 3. per-main-nan terima kasihPer.mai.nan (pemenggalan suku kata yang betul)Lain-lain02.02.2018
mohon terangkan pengggunaan perkataan 'nan' dalam ayat, fungsi dan bagaimana.terima kasihTidak ada dapatan sedemikian dalam rujukan kami. Kata "nan" boleh digunakan bagi membawa maksud "yang" , contohnya rumah nan jauh.Tatabahasa14.11.2016
istilah pesona nan grataPesona non grata (Latin) orang yg tidak dapat diterima oleh sesebuah negara selama-lamanya setelah didapati bersalah melakukan kesalahan (jenayah) yg tidak dapat dimaafkan (berat) semasa dia berada di negara tersebut.Makna03.11.2008
Salam, "makanan" dibatangkan "ma+ka+nan" atau "ma+kan+an"?Jawapan yang betul ialah ma+ka+nanLain-lain30.03.2022
Apakah ejaan baku bagi nama makanan di kedai mamak iaitu roti 'naan' atau roti 'nan'?Ejaan yang betul ialah roti nanEjaan31.10.2018
salam, cara baca yang betul bagi "permainan" ialah "per+ma+in+an" atau "per+ma+i+nan"?Jawapan yang betul ialah [per.mai.nanEjaan06.07.2021
1. Apakah penceraian suku kata bagi perkataan "permainan", 'makanan" dan "bermain"? 2. Saya mendapati penceraian suku kata bagi "permainan" adalah (per+mai+nan) manakala "makanan" adalah (ma+kan+an). Mengapakah penceraian suku kata bagi kedua perkataan ini berbeza vagi imbuhan (-an) di akhir perkataan? 3. Bagi penceraian suku kata "bermain" pula adalah (ber+ma+in), jadi bukankan sepatutnya penceraian suku kata bagi perkataan "permainan" adalah (per+ma+in+an)? 4. Bolehkah pihak tuan jelaskan apakah faktor yang menentukan penceraian sesuatu perkataan itu menjadi begitu?1. Pemenggalan suku kata bagi permainan [Per.mai.nan], makanan [ma.ka.nan] dan bermain [ber.main].
2. Kedua-dua perkataan tersebut tidak terbeza apabila menerima imbuhan. Dapatan tuan silap.
3. Kata dasar ialah main dan pemenggalan suka kata [main]. Apabila menerima imbuhan ber- akan menjadi [ber.main]. Apabila menerima imbuhan apitan menjadi [ber.mai.nan].
Lain-lain02.02.2018
Bagaimanakah cara untuk batangkan suku kata bagi perkataan "makanan" dan ? Adakah "ma + kan + an" atau " ma + ka + nan" ?Membatangkan suku kata makanan ialah ma.kan.an. manakala membatangkan mengikut sebutan ialah ma.ka.nan.Ejaan24.10.2013
123

Kembali ke atas