Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[nan] | نن

Definisi : Mn 1. yang; 2. kata yg disisipkan utk me­­lengkapkan (menggenapkan) baris sajak dll: hari pagi bunga ~ kembang, bunga yg merah mala dahulu .... (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nan

Puisi
 

Telah masak rambai nan manis,
     Tidak boleh nan muda lagi;
Telah bengkak mata menangis,
     Emak tak dapat bersua lagi.


Lihat selanjutnya...(31)
Peribahasa

Nan berseluk urat,
     nan berjumbai akar,
nan berlambai pucuk.

Bermaksud :

Kaum keluarga itu sekalipun sudah berjauhan tetapi perhubungan masih tetap ada. seluk = lilit, belit; lambai = berayun-ayun turun naik.

 

Lihat selanjutnya...(20)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaNan tak di landai nan den landai, Nan tak dilandung pandan muda; Nan tak orang rasai nan den rasai, Nan tak rang tanggung den galas pula.
Kurik Kundi Merah SagaTelah masak rambai nan manis, Tidak boleh nan muda lagi; Telah bengkak mata menangis, Emak tak dapat bersua lagi.
Kurik Kundi Merah SagaTembilang tepi batangi, Tembilang elok tampuknya; Kok nan hilang boleh diganti, Nan hilang elok lagi bangsanya.
Kurik Kundi Merah SagaKenak apa giginya ngilu, Bawa memakan bawa marudik; Kenak nan apa hati nan pilu, Bawa memandang si emak sumbik.
Kurik Kundi Merah SagaOrang Padang lalu berempat, Kok koyak tepi kainnya; Nan hilang tidakkan dapat, Cari nan lain kan gantinya.
Kurik Kundi Merah SagaTinggilah bukit Sungai Papan, Nampak nan dari jalan gedang; Maka tersebut akan berjalan, Malukan sahabat sama gedang.
Kurik Kundi Merah SagaNyindung juak nyindung bukit kedondong, Hari nan hari menanam lada; Fasal sahaja bukit melindung, Harilah hari berpandang mata.
Kurik Kundi Merah SagaTalang wak talang jauh di laut, Tempat nan budak berdagang telur; Halus juak pinggang bagai diraut, Tuan laksana si kembang melur.
Kurik Kundi Merah SagaSayang Santubong berkota nibung, Haji Ahmad kepala kampung; Alang nan sakit badan menanggung, Siang dan malam main berkampung.
Kurik Kundi Merah SagaMelenguh jawi belang untung, Tiap ke sawah orang bajakkan; Menangis nan buruk untung, Tiap menjelang ke mana orang tidakkan.
1234

Kembali ke atas