Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[na.nah] | نانه

Definisi : cecair pekat berwarna putih kekuningan yg keluar dr bisul, luka yg terkena infeksi, dsb; bernanah mengandungi nanah, menge­luar­kan nanah: luka yg ~; menanah menjadi nanah; lain bengkak lain ~ prb lain orang yg bersalah lain pula orang yg dihukum; pernanahan keadaan bernanah: jangkitan kuman boleh mengakibatkan ~ pd luka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[na.nah] | نانه

Definisi : benda pekat berwarna kekuning-kuningan serta busuk baunya yg keluar dr bisul atau dr kudis. bernanah berisi nanah: Lukanya ~. menanah menjadi nanah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nanah


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
APENDISITIS

Apendisitis ialah radang apendiks vermiform

(lihat Apendiks ). Ia terjadi akibat jangkitan bakteria.

Apendiks menjadi bengkak dan berisi nanah. Nanah

mungkin terkumpul dan menyebabkan abses. Atau

apendiks mungkin pecah, menyebabkan jangkitan

merebak ke organ badan di sekelilingnya. Ia juga

boleh menyebabkan peritonitis , radang selaput

yang melapisi rongga abdomen (lihat Peritonitis ).

UMUM 
NANAH

Nanah ialah cecair putih kuning yang dikeluarkan

oleh badan semasa berlaku jangkitan. Ia

mempunyai limfa dan sel darah putih. Pada masa

dahulu, doktor bercakap tentang nanah laudable,

yang dikatakan menunjukkan keadaan luka yang

memuaskan. Kini mereka tidak percaya bahawa

nanah adalah “landable”. Bagaimanapun, doktor

mengakui pembentukan nanah sebagai satu cara

badan boleh melawan jangkitan.

Lihat juga Abses.

UMUM 
ABSESAbses ialah nanah yang terjadi dalam bahagian

tubuh yang dijangkiti bakteria. Nanah mengandungi

bakteria, plasma darah, dan debris daripada sel

yang mati. Ia juga mengandungi sel darah putih

yang digunakan oleh badan untuk mencegah

jangkitan. Abses biasanya akan kelihatan merah dan

bengkak yang boleh pecah dan mengalir. Abses

mungkin terjadi di dalam mana-mana tisu yang

dijangkiti bakteria.

UMUM 
DIAREA

Diarea ialah keadaan yang dicirikan oleh buang

air besar yang lancar dan kerap. Najis biasanya

cair, lembut dan mungkin mengandungi mukus,

nanah atau darah.

UMUM 

Kembali ke atas