Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[na.nas] | نانس

Definisi : sj tumbuhan (buahnya boleh dimakan), Ananas sativus; ~ belanda = ~ kista = ~ seberang = ~ tali sj nanas yg serat daunnya boleh dibuat tali dll, Agave cantala; ~ hijau sj nanas yg boleh dibuat ubat, Ananas comosus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[na.nas] | نانس

Definisi : nama sj tumbuh-tumbuhan atau buahnya (daunnya berbentuk spt pe­dang dan buahnya boleh dimakan), Ananas sativus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nanas

Puisi
 

Nanas serumpun tidak berduri,
     Rasanya manis seperti gula;
Panas setahun hujan sehari,
     Telaga yang kering penuh semula.


Lihat selanjutnya...(34)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pineapple fibregentian nanas/serat nanasKesenianTiadaTiada
duri nanas(Mel.)duri nanas(Mel.)KesenianTiadaCorak ukiran berunsur tumbuhan berbentuk duri daun nanas.
pineapple stitchjahit nanasKesenianTiadaJahit kait yang menghasilkan corak mata nanas atau buah nanas.
jurai nanasjurai nanasKesenianTiadaKaedah memotong kayu mengikut ira bertujuan mengukuhkan kayu.
bunga nanas(Baj., Sam.)bunga nanas(Baj., Sam)KesenianTiadaMotif ukiran berunsur tumbuhan berbentuk bunga nanas, lazimnya terdapat pada senjata tradisional.
pineapplemotif nanasKesenianHiasan DalamanMotif hiasan berbentuk nanas yang terdapat pada kepala katil dan perabot lain. Di England dan Amerika, motif ini biasanya digunakan pada kemasan kepala pintu utama sebagai tanda mengalu-alukan kedatangan tetamu.
maltese crossjahit mata nanasKesenianTiada1. Jahit mata nanas: Jahit hias yang berlatar belakang variasi jahit silang pangkah yang dijahit sisip di atasnya.
Broken core (pineapple)Pecah empulur (nanas)PertanianAgronomi

Kerosakan bahagian tengah atau empulur buah nanas yang disebabkan oleh jambul yang terlalu berat atau kerosakan semasa mengutip buah di ladang. Pecah empulur yang berlaku kepada buah yang masih belum dipetik, menyebabkan bahagian atas buah lebih cepat masak berbanding bahagian bawah. Pecah empulur selepas tuaian juga menyebabkan jangkitan penyakit semasa tempoh penyimpanan atau pengangkutan.

pineapple diseasepenyakit nanasBiologiPatologiPenyakit pada tebu yang disebabkan oleh kulat Ceratocystis paradoxa. Gejalanya utamanya ialah batang busuk, terutama sekali berdekatan dengan ruas. Jika dibelah, bahagian ini nampak berwarna ungu, dan berbau seperti buah nanas masak, kerana penghasilan etil asetat.
SulurSuckerPertanianTiadaPucuk yang keluar dari mata tunas sisi di pangkal batang atau akar di bawah aras tanah. Mata tunas pucuk ini tumbuh panjang ke atas untuk menghasilkan tumbuhan yang baru contohnya sulur pokok pisang dan pokok nanas. Sulur sisi pada nanas disebut sulur udara, manakala sulur di bawah aras tanah disebut sulur bumi. Pada pokok pisang pula terdapat sulur pedang dan sulur air.
12345

Kembali ke atas