Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj tumbuhan (pokok) yg buahnya berulas-ulas dan boleh dimakan, a) Artocarpus heterophyllus; b) Artocarpus integer; orang makan ~, awak kena getah prb orang lain yg berbuat salah, kita yg mendapat kesuĀ­sahan (menanggung akibatnya); siapa makan ~ maka kena getahnya prb siapa yg berbuat salah dialah yg menanggung hukuman. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nangka I

Puisi
 

Dari cempedak baiklah nangka,
     Nangka juga panjang tangkainya;
Dari budak baiklah janda,
     Janda juga banyak akalnya.


Lihat selanjutnya...(40)
Peribahasa

Seorang makan cempedak (= nangka),
     semua kena getahnya.

Bermaksud :

Seorang berbuat salah, semuanya dianggap bersalah juga; seorang mendapat kesenangan, orang lain mendapat kesusahannya. (Bandingkan dengan: Lain orang yang makan nangka, lain orang kena getah).

 

Lihat selanjutnya...(13)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
(Kakak saya sedang memasak gulai nangka. Dia menyenduk seketul nangka gulai dan menyuruh saya merasanya.) adakah ayat di atas betul?

Saudara,

Ayat ini betul.

Tatabahasa12.10.2010
Salam, bolehkah tuan/puan beri contoh benda yang menggunakan penjodoh bilangan 'pangsa' selain durian? Adakah nangka menerima penjodoh bilangan pangsa? Apakah contoh lain? Terima kasih.Pangsa bukan penjodoh bilangan. Pangsa merujuk kepada ruang atau petak dalam buah-buahan seperti dalam buah durian. Jika pangsa yang disebut itu bersesuaian dengan bentuk ruang dalam durian ia boleh digunakan dengan buah-buahan yang lain.Lain-lain25.08.2015
Selamat pagi dan salam sejahtera. Dalam bahasa malaysia, tempat isi buah terap melekat dipanggil sebagai apa? Kalau dalam bahasa Kadazandusun dipanggil sebagai BADUL. Begitu juga dengan buah seperti nangka dan cempedak. terima kasih.Tidak ada maklumat yang diperlukan termasuk Badul dalam pangkalan data kami. Penggunaan yang umum ialah bekas. Kami mencadangkan tuan memasukkan perkataan baharu termasukĀ Badul dalam perbandaharaan kata bahasa kita melalui "Gerbang Kata Dewan Bahasa dan Pustaka" di laman http://ekamus.dbp.gov.my/.Istilah04.08.2014
Apakah peribahasa yang menepati maksud di bawah? orang lain yang berbuat salah, orang lain pula yang menanggung akibatnya. Terima kasih.Terdapat beberapa peribahasa yang menepati maksud "Orang lain yang berbuat salah, orang lain pula yang menanggung akibatnya". Antaranya:

1) Lain orang yang makan nangka, lain orang yang kena getah
2) Lain yang bengkak, lain yang bernanah
3) Lain yang untut, lain yang mengisut.
Lain-lain27.06.2015

Kembali ke atas