Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[na.ning] | نانيڠ

Definisi : sj tebuan (yg berwarna kuning), Apis dorsata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata naning


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERJANJIAN NANING-BELANDA

PERJANJIAN NANING-BELANDA (1643), perjanjian antara Naning dengan Belanda.  Dengan termeterainya perjanjian ini, Naning berjanji akan taat setia kepada Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC).

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPerjanjian/Konvensyen/Triti/Persetiaan
PERANG NANING

PERANG NANING, perang antara Naning dengan pihak British yang bertapak di Melaka.  Beberapa faktor yang menyebabkan tercetusnya konflik antara Dol Said, Penghulu Naning, dengan pihak British di Melaka, yang kemudiannya menyebabkan perang antara tahun 1831 hingga tahun 1832.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPeristiwa
DOL SAID

Dol Said (1773–1849), Penghulu Naning yang

menentang pentadbiran British. Dol Said dari

keturunan suku Semelenggang. Dia memegang

jawatan tersebut dari tahun 1779 hingga tahun

1833.

UMUM 
ADAT PERPATIH

ADAT PERPATIH, sistem sosiobudaya tradisional yang lengkap, terdapat di kalangan masyarakat  Melayu di Negeri Sembilan dan Naning (Melaka) dan merupakan warisan daripada sistem sosiobudaya yang datang dari wilayah Minangkabau, Sumatera Barat, Indonesia.

    

BUDAYAKonsep
SIDANG

SIDANG, satu jawatan dalam pentadbiran kampung tradisi di Melaka, baik dalam daerah yang mengamalkan adat perpatih seperti di Naning, mahupun di daerah-daerah lain yang mengamalkan adat temenggung, seperti di Alor Gajah atau bandar Melaka.  Asal usul perkataan sidang dipercayai berasal dari Sumatera, khususnya di Minangkabau.  Dalam penggunaannya di Melaka, ia bertunjang kepada adat perpatih, walaupun konsepnya berlainan, iaitu berdasarkan wilayah dan bukan keturunan perut atau suku.

BUDAYAKonsep
MINANGKABAU

MINANGKABAU, suku kaum yang tinggal di wilayah Minangkabau, Sumatera Barat, Indonesia.  Di Malaysia, khususnya di Negeri Sembilan dan Naning, Melaka, mereka yang berasal dari Minangkabau dikenal dengan nama orang Minang.

BUDAYABangsa/Suku/Kaum
RAJA IBRAHIM

RAJA IBRAHIM ( ?  - 1678), ketua orang Minangkabau di Rembau dan Sungai Ujong serta Naning (1677-1678). Raja Ibrahim adalah seorang imam dan menetap di Aceh, Sumatera, Indonesia.

           

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SISTEM KETURUNAN NASAB IBU

SISTEM KETURUNAN NASAB IBU, sistem persanakan yang mengenal pasti keturunannya hingga ke satu moyang tertentu daripada sebelah pihak ibu atau pihak perempuan.  Anggota bagi satu-satu kelompok keturunan nasab ibu, sama ada kelompok suku atau zuriat, mengakui mempunyai hubungan keturunan antara satu sama lain yang disusurgalurkan hingga ke satu moyang yang sama dari sebelah pihak ibu.  Mereka juga memakai nama suku yang sama sebagai satu mekanisme untuk mengenal pasti yang mereka itu daripada keturunan yang sama.  Di Malaysia, sistem persanakan nasab ini diamalkan oleh masyarakat Melayu adat perpatih di Negeri Sembilan dan di Naning, Melaka.

BUDAYAKonsep

Kembali ke atas