Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[na.no.sa.Öat] | نانوساعت

Definisi : tempoh masa 10-9 saat (biasanya digunakan utk menyatakan kelajuan pem­proses sesebuah komputer dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nanosaat


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
access timemasa capaianTeknologi MaklumatPerisianTempoh yang diambil bagi sesuatu atur cara atau peranti untuk mengenal pasti data atau maklumat yang membenarkan data atau maklumat itu diproses oleh komputer. Tempoh capaian ini diukur dalam milisaat atau nanosaat bergantung pada peranti yang digunakan. Contohnya, peranti RAM statik (SRAM) mempunyai masa capaian yang rendah berbanding RAM dinamik (DRAM). Hal ini bererti RAM statik mempunyai kelajuan yang tinggi berbanding RAM dinamik. Masa capaian ini juga digunakan untuk menerangkan kelajuan pemacu cakera termasuk tempoh yang diambil bagi kepala baca atau tulis untuk mengenal pasti sektor dalam cakera tersebut. Beberapa contoh masa capaian bagi peranti yang terkini adalah seperti yang berikut: Pemacu cakera: 9 milisaat -15 milisaat RAM statik: 10 nanosaat - 50 nanosaat RAM dinamik: 50 nanosaat -150 nanosaat
nanosecondnanosaatMatematikTiadaUnit masa yang bersamaan dengan satu per seribu juta saat atau 10-9 saat.
nanosecondnanosaatTeknologi MaklumatTiadaUnit masa yang mewakili satu per satu bilion saat (10-9 saat). Ia menjadi ukuran masa untuk membaca atau menulis pada cakera keras, ingatan capaian rawak (RAM) atau cakera padat ingatan baca sahaja (CD-ROM). Ia juga mengukur masa perjalanan paket data dalam Internet.
nanosecond flash spectroscopyspektroskopi kilat nanosaatKimiaTiadaTiada
DRAM (dynamic random access memory)DRAM (ingatan capaian rawak dinamik)Teknologi MaklumatTiadaCip ingatan utama berkelajuan tinggi yang mempunyai masa capaian 80 hingga 120 nanosaat. Cip ingatan ini menggunakan kapasitor untuk menyimpan cas elektrik. Oleh itu, cip ini perlu dicas semula secara tetap.
photoluminescencefotopendarcahayaanFizikNanoteknologiProses suatu bahan menyerap foton (gelombang elektromagnet) dan memancar semula foton. Masa yang diambil bagi proses penyerapan dan pemancaran ini kurang daripada 10 nanosaat. Keamatan dan spektrum cahaya yang dipancar bergantung pada sifat bahan dan digunakan untuk mengkaji sifat bahan seperti mengukur jurang tenaga, kepekatan benda asing dan kecacatan dalam bahan semikonduktor. Fenomena ini terjadi dalam kebanyakan bintik kuantum dan cahaya yang dipancarkan bergantung pada saiz bintik kuantum tersebut.

Kembali ke atas