Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata naratif 1


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1.Apakah definisi retorik penceritaan? 2.Apakah tujuan retorik penceritaan? 3.Apakah ciri-ciri retorik penceritaan? 4.Apakah aspek penting retorik penceritaan?

Saudara,

1. Retorik Penceritaan atau naratif ialah suatu bentuk penyampaian melalui cerita sama ada dalam bentuk penulisan atau lisan. dalam bentuk penulisan, retorik ini meliputi pelbagai jenis seperti cerpen, novel,drama, biografi dll.

2. Retorik melibatkan seni penggunaan bahasa yang melibatkan penyampaian idea yang menarik dan berkesan  dengan tujuan untuk memujuk, mempengaruhi, meyakinkan pembaca / pendengar tentang sesuatu perkara (Nik Safiah & Wan Malini).

3. Ciri-ciri retorik penceritaan ialah

a. retorik bentuk ini mempunyai bahagian pendahuluan, perkembangan cerita, konflik dan peleraian,

b. gaya bahasa yang digunakan bersifat imajinatif, menggunakan bahasa sastera seperti imejan, perlambangan, metafora, persenofikasi dll.

c. terdapat sedikit kebebasan  tatabagasa kerana bersifat ekspresi.

4. aspek-aspek penting dalam retorika; pemerian, pemujukan, penerangan,  penceritaan, pendedahan dan penghujahan.

sekian, terima kasih.  

Sastera31.01.2011
Ciri-ciri penulisan karangan yang berkualiti berfokuskan kepada pemilihan kata(diksi) 1/ Definisi diksi 2/ Ciri-ciri penulisan 3/ Contoh penulisanDiksi ialah pemilihan atau penggunaan kata yang tepat untuk menmgungkapkan idea secara bertulis atau lisan. Ciri-ciri penulisan yang baik ialah mempunyai wacana yang jelas, tepat, betul, lengkap, koheran, kohesi; juga mengggunakan bahasa yang betul dari segi tatabahasa, ejaan, istilah, tanda baca, laras bahasa yang sesuai, dll; pemerengganan yang baik. Contoh penulisan : berbentuk naratif, deskriptif, hujahan, laporan, dll.Makna13.01.2008
tiada carian makna bagi perkataan 'allegorical', boleh tuan/puan menerbitkan makna perkataan tersebutUntuk makluman, tidak terdapat huraian untuk istilah "allegorical" dalam pangkalan data istilah DBP. Walau bagaimanapun, terdapat huraian untuk istilah "allegory" dalam bidang Kesusasteraan seperti yang berikut:

1. Bentuk metafora yang diluaskan pengertiannya di mana objek, manusia dan gerak laku dalam sesebuah kisah, sama ada dalam bentuk prosa atau puisi disamakan dengan pengertian lain yang terletak di luar kisah isu sendiri.

2. Bentuk naratif yang memperkatakan sesuatu subjek menggunakan subjek lain yang mempunyai padanan atau kesamaan dengan subjek yang pertama. Contohnya, sebuah cerita mempunyai maksud lain yang tersembunyi di sebalik maksud harfiahnya. Cerita biasanya boleh berdiri secara utuh dengan maksudnya yang tersendiri. Walau bagaimanapun, bagi mereka yang memahami alegori, cerita tersebut mempunyai maksud lain di sebalik maksud yang tersurat. Maksud tersirat pula menyerlah apabila padanan persis antara cerita yang tersurat dengan maksud yang tersirat dapat ditemukan secara satu persatu.
Istilah31.08.2016
Merujuk kepada jawapan yang diberikan sebelum ini bahawa istilah rapper tiada dalam data DBP, jadi apakah istilah yang kini digunakan di Malaysia untuk merujuk kepada mereka yang melakukan muzik rap? Terima kasih.

Berdasarkan semakan dalam data DBP, sehingga kini belum ada lagi istilah rapper. Namun begitu, Istilah “rap” telah pun ada dalam Kamus Seni Muzik terbitan DBP. Dalam Kamus tersebut rap ialah naratif vokal yang diucapkan dengan rentak tertentu. Rap merupakan satu elemen budaya hip hop yang muncul dalam masyarakat  orang kulit hitam pada tahun 1970-an. Berkemungkinan rap diambil dari istilah rapper. Oleh itu, kami mencadangkan istilah rap boleh digunakan di Malaysia. 1">

Istilah24.05.2017

Kembali ke atas