Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[nas]/[nas] | نص

Definisi : Ar ayat al-Quran atau hadis yg dipakai sbg pegangan dlm hukum syarak, kutipan (petik­an) drpd kitab suci sbg alasan dlm sesuatu per­­kara; bernaskan berdasarkan atau menggunakan al-Quran atau hadis sbg nas; dinaskan ditentukan dgn nas (petikan) dlm al-Quran atau hadis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[nas]/[nas] | نص

Definisi : ayat Quran atau hadis yg digunakan sbg pegangan dlm hukum syarak; petikan dr kitab suci atau hadis yg dijadikan sbg bukti atau alasan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nas


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
network attached storage array (NAS)tatasusunan storan sambung rangkaian (NAS)Teknologi MaklumatPerisianStoran data komputer yang dihubungkan kepada satu rangkaian komputer yang menyediakan capaian data kepada pelanggan rangkaian yang sedia ada. Tujuan utama NAS adalah untuk menyediakan perkhidmatan perkongsian storan data berasaskan fail kepada peranti lain pada rangkaian. Selain perkhidmatan storan data, sistem pengendali dan perisian dalam NAS menyediakan perkhidmatan seperti sistem fail, capaian fail dan pengurusan kesemua perkhidmatan yang sedia ada. Storan ini bukan direka bentuk untuk melakukan tugas pengkomputeran pelbagai guna kerana ia tidak mempunyai papan kekunci atau paparan, tetapi dikawal selia dan dihubungkan pada rangkaian melalui konfigurasi alamat rangkaian pada pelayar. Alternatif lain penggunaan storan pada rangkaian selain NAS adalah dengan menggunakan komputer sebagai pelayan fail.
NAS (network attached storage)NAS (storan sambung rangkaian)Teknologi MaklumatTiadaSejenis pelayan yang khusus untuk penyimpanan fail berkongsi sahaja.
نصnaṣAgama IslamHadithlihat: المتن
روى عنه الناسrawa ‘anhu al-nasAgama IslamHadithlihat: محله الصدق
المتنmatanAgama IslamHadithNas yang terdapat di akhir sanad.
المتصلḤadīth muttaṣilAgama IslamHadithNas yang mempunyai sanad yang berhubung.
direct attached storage (DAS)storan terhubung terusTeknologi MaklumatPerisianStoran yang dihubungkan secara terus kepada pelayan atau stesen kerja tanpa menggunakan rangkaian storan di antaranya. Storan ini berbeza dengan SAN atau NAS kerana kedua-duanya memerlukan storan yang dihubungkan dalam satu rangkaian. Protokol yang digunakan dalam DAS ialah antara muka sistem komputer kecil (SCSI), SCSI terhubung bersiri (SAS) dan saluran gentian. Sistem DAS biasanya terdiri daripada beberapa pemacu cakera keras dan pengawal. Antara muka pelayan dan stesen kerja dilakukan melalui hos penyesuai bas (HBA). Kelemahan sistem ini adalah ketidakupayaannya untuk berkongsi data atau sumber dengan pelayan lain.
disk arraytatasusunan cakeraTeknologi MaklumatPerisianSistem storan yang mengandungi beberapa pemacu cakera. Tatasusunan ini mempunyai ingatan cache dan kefungsian yang tinggi. Komponen dalam tatasusunan cakera ini termasuklah pengawal tatasusunan cakera, ingatan cache dan bekalan kuasa. Tatasusunan ini meningkatkan kewujudan, kekekalan dan kebolehpercayaan data. Tatasusunan cakera ini biasanya dibahagikan kepada lima kategori, iaitu tatasusunan storan sambung rangkaian (NAS), tatasusunan rangkaian kawasan storan (SAN) bermodul, tatasusunan monolitik, kemayaan storan dan utiliti tatasusunan rangkaian kawasan storan (SAN).

Kembali ke atas