Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. beras yg telah ditanak atau dikukus: telah lazim baginya setiap pagi memakan ~; mencari ~ mencari rezeki; 2. isi jerawat yg berwarna putih; ~ adap-adap = ~ adap-adapan = ~ damai nasi (biasanya nasi kunyit berserta lauknya) yg disajikan kpd pengantin ketika bersanding; ~ angkatan nasi utk menjamu orang besar-besar; ~ ayam nasi yg dimasak dgn air rebusan ayam (biasanya berwarna kekuning-kuning­an) yg dimakan bersama-sama dgn daging ayam, yg biasanya dihidangkan dgn kicap, sup dan sambal cili; ~ berdetus nasi setengah ma­sak; ~ beriani nasi yg dimasak bersama-sama dgn daging atau ayam dan rempah; ~ besar nasi utk sesuatu upacara; ~ bungkus nasi yg dicampur dgn lauk-pauknya dan dijual dlm bungkus; ~ campur nasi yg lauknya dibubuh sekali dlm pinggan yg sama; ~ dagang nasi yg ditanak drpd beras lembut; ~ damai-damai a) nasi yg dimakan oleh pengantin laki-laki dan perempuan sbg tanda hidup mesra sesudah bersatu; b) nasi adap-adap; ~ datang = ~ lepat = ~ ketupat nasi yg dimasak dlm anyaman daun kelapa; ~ goreng nasi yg digoreng ber­sama perencahnya (spt udang, daging, sayur-sayuran, dsb); ~ hangit nasi yg hangit (kerana ter­­lalu besar apinya); ~ himpit = ~ kapit nasi yg ditanak dgn air yg berlebihan dan kemudian di­himpit (dimakan dgn kuah sate dll); ~ kabuli nasi yg bercampur lauk-pauk dan rempah-rem­­pah; ~ kerabu = ~ ulam nasi yg digaulkan dgn daun-daunan yg dihiris halus-halus; ~ kukus = ~ dandang nasi yg dikukus dlm dandang; ~ kunyit = ~ kuning pulut yg di­kuningkan dgn kunyit; ~ lecek nasi yg dilecek-lecek (utk makanan bayi); ~ lemak nasi yg ditanak dgn santan; ~ lembik nasi yg ditanak dgn ber­lebihan airnya; ~ lengat = ~ tim Id nasi yg di­kukus lembik; ~ mentah nasi yg tidak cukup masaknya; ~ minyak nasi yg dimasak dlm lemak atau minyak; ~ ramas Id nasi yg leng­kap dgn lauk-pauknya; ~ ransum = ~ kawah nasi yg dimasak dlm kawah utk orang ramai; ~ rawan nasi yg bercampur dgn sayur dan lauk-pauknya; ~ sorok Kd nasi yg dimakan dahulu sebelum memakan nasi minyak (pd kenduri); ~ suap-suap nasi kunyit yg di­suapkan oleh pengantin laki-laki kpd pengan­tin perempuan dan sebaliknya (ketika bersan­ding); ~ tambah a) nasi utk tambahan; b) ki tambahan kpd pendapatan yg tetap; ~ tangas = ~ kangkang nasi panas yg di­kangkangi isteri diiringi dgn jampi serapah, dan diberi makan kpd suami dgn tujuan utk memperbodoh suami; ~ tomato nasi yg dimasak dgn tomato puri dan dicampur dgn susu cair, biasanya dihi­dang­kan bersama-sama dgn ayam atau daging; ~ tumpang Kl nasi yg bercampur dgn lauk-pauknya dan dibungkus; ~ wajar nasi biasa sahaja (tidak dgn santan dll); ~ habis, budi bersama prb sahabat yg ke­tahuan buruk lakunya; ~ sama ditanak, kerak dimakan seorang prb perihal orang yg ber­sekutu tetapi keuntungan diambil seorang diri; ~ sudah menjadi bubur prb perbuatan yg sudah terlanjur (tidak dapat diubah lagi); ~ tak dingin pinggan tak retak prb orang yg cermat membuat pekerjaannya, walaupun banyak kerja tetapi jarang yg rosak; apa boleh buat, ~ sedap menjadi tawar prb sese­orang itu apabila rosak hatinya akan ber­ubahlah perangainya; biar ~ terbuang asal jangan periuk pecah prb biar anak mati asal ibunya selamat (ketika bersalin); buat ~ tam­bah prb penambah penghasilan yg telah ada; membuangkan ~nya yg tersaji di lutut prb seseorang yg meninggalkan kerja yg senang lalu mencari pekerjaan yg lebih susah; me­nantikan ~ (disajikan) di mulut prb perihal orang yg pemalas menantikan pemberian orang atau takdir Tuhan sahaja; bernasi ada (dimasak) nasi: hari ini tidak ~;~ di balik kerak prb belum habis semuanya tentang sesuatu perkara (masih ada lagi hal yg belum diperiksa); tidak ~ di balik kerak prb orang yg sombong. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nasi I

Puisi
 

Apa guna nasi daun,
     Nasi setalam rasa nak basi;
Apa guna tinggal setahun,
     Tinggal semalam rasa nak mati.


Lihat selanjutnya...(78)
Peribahasa

Kuah tertunggang ke nasi,
     nasi akan dimakan juga.

Bermaksud :

Perkahwinan antara kaum keluarga sendiri.

 

Lihat selanjutnya...(49)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya mahukan nasi kurang. kurang nasi atau nasi kurang?Ayat yang betul ialah "Saya mahu kurangkan nasi"Tatabahasa07.11.2022
Adakah nasi goreng kampung, nasi goreng tomyam, nasi goreng USA adalah kata nama khas? Bagaimanakah cara ejaan yang betul?"Nasi Goreng Kampung, Nasi Goreng Tomyam, Nasi Goreng USA" ialah kata nama khas.  Dalam tulisan, huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf besar.Lain-lain14.06.2022
Assalamualaikum. Apakah kesalahan yang terdapat dalam ayat 'Saya makan nasi', 'Nasi saya makan', 'Makan nasi saya' dan 'Makan saya nasi'. Adakah semua ayat ini gramatis dan betul? Mengapa?Menurut data kami, ayat tersebut betul.
  i.   Saya makan nasi (ayat biasa)
 ii.   Nasi saya makan   (ayat pasif)
 iii.  Makan nasi saya  (ayat songsang)
Tatabahasa16.11.2018
Salam sejahtera, adakah "Nasi Ayam" & "Nasi Lemak" dikira sebagai kata nama khas?Kata nama khas merujuk kepada orang, tempat atau benda yang khusus, contohnya Ahmad, Ipoh dan Menara Kuala Lumpur. Oleh itu Nasi Ayam dan Nasi Lemak bukanlah tergolong dalam kata nama khas.Tatabahasa31.10.2019
assalamualaikum tuan. saya ingin bertanya mengenai ejaan NASI KEBULI. saya dapati, ejaan NASI KEBULI dalam kamus dewan edisi keempat adalah NASI KABULI. tapi bila saya google NASI KABULI, yang saya temui adalah NASI KEBULI. beberapa orang lama yang saya tanya, mereka juga menjawab NASI KEBULI. Bagaimana ya tuan. apakah ejaan yang tepat, NASI KABULI atau NASI KEBULI? sekian, terima kasih.Ejaan yang betul ialah nasi kabuli.Ejaan19.08.2013
Assalam, Saya ingin pencerahan kepada perkataan berikut. Adakah betul pandangan saya atau tidak. Contohnya nasi goreng. Nasi goreng ialah kata nama am. Jadi ia ditulis dengan pangkal huruf kecil. Sekiranya ada nama khusus diberikan, ia akan jadi kata nama khas seperti Nasi Goreng Kampung, Nasi Goreng Cina. betul ke pandangan say ini?Pandangan tuan betul nasi goring ialah kata nama am dan Nasi Goreng Kampung ialah kata nama khas.Tatabahasa30.09.2015
yang manakah betul, nasi pilau atau nasi pilafNasi pilau atau nasi pilaf merupakan hidangan yang berasal dari Timur Tengah dan Pakistan.  Kedua-duanya boleh digunakan sebagai nama masakan kerana ia berbeza dari segi variasi ejaan sahaja.  Kamus Inggeris-Melayu Dewan menggunakan istilah 'nasi pilau' untuk masakan jenis ini. 

Terima kasih.
Makna04.10.2017
Permohonan pengiklanan iaitu Nasi Ayam & Nasi Daging Salai Masak LemakAdakah pihak tuan/puan mahu membuat pengesahan bahasa iklan/papan tanda premis perniagaan?. Jika ya, sila layari laman web dbpsahbahasa.my , kemudian daftar ID pengguna dan kata laluan. Setelah itu, boleh teruskan untuk permohonan pengesahan bahasa dan lampirkan sekali visual iklan/papan premis perniagaan anda. Pihak tuan/puan perlu membuat pembayaran sebanyak RM10 terlebih dahulu.Lain-lain24.02.2019
adakah kedua-dua ayat ini betul? 1) Ibu memasak nasi di dapur sambil menyanyi. 2) Ibu memasak nasi sambil menyanyi di dapur.1) Ibu memasak nasi di dapur sambil menyanyi. 2) Ibu memasak nasi sambil menyanyi di dapur. Kedua-dua ayat ini betul, walau bagaimanapun ayat pertama lebih gramatis.Tatabahasa21.05.2009
menyenduk nasi ke dalam pinggan atau menyenduk nasi ke atas pingganMenyenduk nasi ke dalam pinggan.Tatabahasa10.04.2017
12345678910...

Kembali ke atas