Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[na.sib] | نصيب

Definisi : sesuatu yg menimpa diri seseorang (dgn kehendak Allah), takdir, untung: ia teringat­kan ~nya sendiri yg hampir sama dgn ~ Mak Konah ini; senasib serupa nasibnya, sama penderi­ta­annya: kalau begitu ~lah kita ini; nasib-nasiban dgn mengadu nasib sahaja, untung-untungan; bernasib beruntung; ~ baik mendapat ke­untungan (nasib yg baik). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[na.sib] | نصيب

Definisi : sesuatu yg menimpa diri seseorang dgn kehendak Allah; takdir; untung: ~nya sungguh malang. ~ baik beruntung. ~ buruk malang; celaka. bernasib menerima nasib: ~ baik mendapat keuntungan. senasib sama (serupa) nasibnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nasib
Rujuk :takdir

Puisi
 

Sudah nasib pisang jeranang,
     Berjantung ada berbuah tidak;
Sudah nasib apa dikenang,
     Orang dikenang teringat tidak.


Lihat selanjutnya...(53)
Peribahasa

Mujur tiada berbunyi,
     malang tiada berbau.

Bermaksud :

Nasib buruk tak dapat dihindarkan, nasib baik tak dapat dicari-cari. (Peribahasa lain yang sama makna: Malang tak boleh ditolak, mujur tak boleh diraih).

 

Lihat selanjutnya...(35)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
"Entah bilatah lagi nasib kita akan terbela?" Apakah kesalahan dalam ayat ini? Terima kasih.Ayat "Entah bilatah lagi nasib kita akan terbela?" mempunyai kesalahan pada perkataan "bilatah". Sepatutnya perkataan yang betul ialah "bilalah".Tatabahasa25.10.2014
Untung nasib saya tidak disandarkan kepada/pada mana-mana ramalan manusia.

Kata Sendi Nama yang betul ialah pada: Untung nasib saya tidak disandarkan pada mana-mana ramalan manusia.

Tatabahasa01.12.2011
Tuan, Saya tidak pasti kesalahan ayat berikut: "Persatuan Wanita itu ditubuhkan atas kesedaran TERHADAP memperjuangkan nasib ibu tunggal di negara ini." Nasihat tuan amatlah dihargai. Sekian, terima kasih.Ayat yang betul ialah "Persatuan wanita itu ditubuhkan atas kesedaran untuk memperjuangkan nasib ibu tunggal di negara ini".Tatabahasa08.11.2014
apa___ gerangan nasib hamba? kata Hang jebat kepada sahabatnya. adakah jawapannya (lah atau tah)berikan sebabnya.

Partikel 'kah' dan 'tah' ialah partikel untuk menyatakan pertanyaan dan soalan. Yang membezakan antara dua kata penegas ini ialah 'tah' untuk menyatakan pertanyaan kepada diri sendiri. Oleh itu jawapan yang betul ialah apatah gerangan nasib hamba?

Tatabahasa23.07.2010
Apakah kesalahan ayat-ayat yang berikut? 1. Diakah yang melukis mural yang cantik itu? 2. Apatah nasib keluarga Mukhsin. 3. Jika Farid pergi ke Melaka, adiknya pun ingin ikut sama. 4. Duit simpanan saya lagi tinggal RM200.Ayat pertama dan kedua betul.

Berikut ayat yang betul setelah dipinda bagi ayat kedua dan keempat.
1. Apatah nasib keluarga Muksin?
2. Duit simpanan saya tinggal lagi RM200.
Tatabahasa10.07.2013
1)Saya ingin mencuba nasib untuk menghantar beberapa puisi berbentuk islami ke majalah terbitan dewan bahasa dan pustaka. Email manakah yang perlu saya rujuk dan atas nama siapa?Puan boleh menghubungi bahagian Majalah DBP melalui talian 03 21479281 atau 03 2147 9269.Karya07.03.2016
Salam, mengapa soalan yang saya utarakan nasib belum dijawab?Sila kemukakan semula pertanyaan tuan untuk semakan kami.Lain-lain23.03.2017
apakah makna CelakaKamus Dewan menakrifkan celaka sebagai; 1. malang (berkenaan nasib seseorang), atau disebut juga sial, 2. sesuatu yg menyebabkan penderitaan 3. makian dan 4. seruan untuk menyatakan kemarahan, kekecewaan dan sebagainya.Makna12.03.2009
Apakah terjemahan kepada self-determined learning? Adakah pembelajaran penentuan kendiri atau pembelajaran penentuan nasib sendiri? Terima kasih.Terjemahan yang diperlukan tidak ada dalam pangkalan data kami. Pernah dicadangkan dalam Khidmat Nasihat Bahasa, perkataan self-determined diterjemahkan kepada penentuan kendiri. Oleh itu, kami mencadangkan frasa self-determined learning diterjemahkan kepada pembelajaran penentuan kendiri.Penyemakan dan penterjemahan27.07.2019
Saya ingin memastikan perbezaan penggunaan perkataan Cina dengan China. Contoh : Tian merupakan sumber kuasa penentu nasib sesebuah dinasti dalam pandangan semesta Tamadun Cina Agama Buddha diasaskan oleh Putera Raja Suddhodana Gautama daripada suku bangsa Shaknya di negara ChinaSlmt ptg.
1. Penggunaan perkataan Cina merujuk kepada masyarakat atau orang Cina.
2. Penggunaan perkataan China merujuk kepada negara China.

Sekian, terima kasih
Lain-lain07.03.2016
1234

Kembali ke atas