Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[na.si.hat.me.na.si.ha.ti] | نصيحت-منصيحتي

Definisi : saling memberi na­sihat: ternyata Islam memelihara kebebasan berpendapat melalui konsep ~ sesama Muslim; tegur-menegur dan ~ adalah antara unsur pendidikan yg berkesan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nasihat-menasihati


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perbezaan perkataan 'menasihati' dan 'menasihatkan' dari segi penggunaan?Menasihati bermaksud memberi nasihat (tunjuk ajar dan sebagainya) kepada: Guru menasihatinya supaya memulangkan barang yang dicuri itu kepada tuannya, manakala menasihatkan bermaksud memberikan sesuatu sebagai nasihat atau sebagai tunjuk ajar, contohnya: Sia-sia sahaja menasihatkan budak-budak yang tidak berakhlak itu.Tatabahasa02.03.2011
Salam sejahtera, mengapakah selepas penggunaan kata "menasihati" & "dinasihati" tidak boleh menggunakan kata "untuk"? Mohon pencerahannya.
Menasihati bermaksud memberi nasihat kepada (bentuk pasifnya dinasihati), manakala menasihatkan bermaksud memberikan sesuatu sebagai nasihat (bentuk pasifnya dinasihatkan). Berdasarkan makna tersebut, lazimnya menasihati diikuti dengan objek (manusia) menjadi guru menasihati pelajar agar sentiasa menjaga disiplin diri dan bentuk pasifnya pelajar dinasihati guru agar sentiasa menjaga disiplin diri.
Tatabahasa10.03.2021
para pelajar telah dinasihatkan oleh guru agar sentiasa menjaga disiplin diri. Munsyi, saya kekeliruan mengapakah bukan dinasihati digunakan dalam ayat ini? TKMenasihati bermaksud memberi nasihat kepada (bentuk pasifnya dinasihati), manakala menasihatkan bermaksud memberikan sesuatu sebagai nasihat (bentuk pasifnya dinasihatkan). Berdasarkan makna tersebut, lazimnya menasihati diikuti dengan objek (manusia) menjadi guru menasihati pelajar agar sentiasa menjaga disiplin diri dan bentuk pasifnya pelajar dinasihati guru agar sentiasa menjaga disiplin diri.Sastera09.04.2012
Di antara ayat2 berikut, ayat mana yang betul. Mengapa ? a) Buku itu saya baca. b) Buku itu awak baca. c) Buku itu kami baca. d) Buku itu kita baca. Di antara ayat tanya berikut, yang manakah betul : Ibu menasihati adik supaya belajar dengan bersungguh-sungguh. a) Mengapakah ibu menasihati adik ? b) Siapakah menasihati adik supaya belajar dengan bersungguh-sungguh ? c) Siapakah yang menasihati adik supaya belajar dengan bersungguh-sungguh ? d) Apakah nasihat ibu ?a) Buku itu saya baca. b) Buku itu awak baca. c) Buku itu kami baca. d) Buku itu kita baca. Keempat-empat ayat ini betul, bentuk pasif kata ganti diri pertama dan kedua.
 
Ibu menasihati adik supaya belajar dengan bersungguh-sungguh. Ayat tanya, apakah nasihat ibu?
Tatabahasa27.05.2016
salam. pengunaan "menasihatkan" dan "menasihati" sering keliru. Dalam kamus dewan tidak dinyatakan contoh yang jelas. contoh: Ayah menasihatkan @ menasihati adik supaya belajar rajin-rajin? t.kasihPerbezaan penggunaan meN-... -kan dan meN-...-i adalah dari segi jenis objek tepat yang boleh mengikutinya, iaitu apitan meN-...-kan lazimnya menerima objek yang tidak bernyawa dan apitan meN-...-i menerima objek bernyawa. Contohnya: a) Ali memberikan nasihat kepada Ahmad. b) Ali memberi Ahmad nasihat. Perkataan memberi dalam ayat 1(b) sebenarnya terdiri daripada kata dasar beri yang menerima aptan meN-...-i tetapi telah digugurkan i. 2. kata kerja yang menerima apitan meN-...-kan dan meN-...-i, penggunaannya saling berganti tanpa membezakan makna. Contohnya: a) Ali menasihati Ahmad yang nakal itu. b) Ali menasihatkan Ahmad yang nakal itu. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk maklumat lanjut. Harap maklum.Tatabahasa30.09.2009
1. makna-acilut, -adat periuk berkerak, adat lesung berdedak 2. perbezaan antara 'menasihatkan orang' dengan 'menasihati orang'

1.  Perkataan acilut - tidak ada dalam sumber rujukan kami, berkemungkinan acilut ialah slanga yang dituturkan dalam kalangan kelompok tertentu sahaja. Peribahasa Adat periuk berkerak, Adat lesung berdedak bermaksud berkehendakkan keuntungan, haruslah susah;

2.  Menasihatkan orang bermaksud memberikan sesuatu sebagai nasihat atau sebagai tunjuk ajar; manakala menasihati orang bermaksud memberi nasihat (ajaran, tunjuk ajar, dll) kepada.... Kedua-dua perkataan tersebut hampir sama maknanya tetapi terdapat sedikit perbezaan dalam penggunaannya. Bezanya ialah perkataan menasihati mestilah diikuti dengan orang contohnya, menasihati Ali, manakala menasihatkan mestilah diikuti dengan sesuatu, contohnya menasihatkan berbuat kebaikan

Makna26.01.2010
Bagaimana menggunakan perkataan "menasihati" dan "menasihatkan" dalam binaan ayat? Sila jelaskan perbezaan maksud bagi kedua-dua perkataan tersebut.1. Perbezaan penggunaan meN-... -kan dan meN-...-i adalah dari segi jenis objek tepat yang boleh mengikutinya, iaitu apitan meN-...-kan lazimnya menerima objek yang tidak bernyawa dan apitan meN-...-i menerima objek bernyawa. Contohnya: a) Ali memberikan nasihat kepada Ahmad. b) Ali memberi Ahmad nasihat. Perkataan memberi dalam ayat 1(b) sebenarnya terdiri daripada kata dasar beri yang menerima aptan meN-...-i tetapi telah digugurkan i. 2. kata kerja yang menerima apitan meN-...-kan dan meN-...-i, penggunaannya saling berganti tanpa membezakan makna. Contohnya: a) Ali menasihati Ahmad yang nakal itu. b) Ali menasihatkan Ahmad yang nakal itu. Sila rujuk buku tatabahasa Dewan terbitan DBP. Harap maklum.Tatabahasa27.08.2006
Bagaimana cara penggunaan tanda baca koma, noktah, huruf kecil dan huruf besar dalam penulisan dialog? Adakah cara menulis dialog ini benar: (1) "Kamu harus belajar supaya dapat mencapai cita-cita apabila dewasa nanti," nasihat ibu kepada anaknya. (2) "Kamu harus belajar supaya dapat mencapai cita-cita apabila dewasa nanti." Ibu menasihati anaknya.Ejaan yang betul ialah "Kamu harus belajar supaya dapat mencapai cita-cita apabila dewasa nanti, nasihat ibu kepada anaknya."Ejaan22.06.2014
Apakah jenis kata kerja bagi apitan meN-...-i dan meN-...-kan? sila pasifkan ayat di bawah ini. 1) Ahmad menghadiahi Hanafiah sebuah kereta. 2) Ahmad menghadiahkan sebuah kereta kepada Hanafiah. 3) Pelayan itu menghidangai kami sedulang makanan. 4) Pelayan itu menghidangkan sedulang makanan kepada kami.1. Perbezaan penggunaan meN-... -kan dan meN-...-i adalah dari segi jenis objek tepat yang boleh mengikutinya, iaitu apitan meN-...-kan lazimnya menerima objek yang tidak bernyawa dan apitan meN-...-i menerima objek bernyawa. Contohnya: a) Ali memberikan nasihat kepada Ahmad. b) Ali memberi Ahmad nasihat. Perkataan memberi dalam ayat 1(b) sebenarnya terdiri daripada kata dasar beri yang menerima aptan meN-...-i tetapi telah digugurkan i. 2. kata kerja yang menerima apitan meN-...-kan dan meN-...-i, penggunaannya saling berganti tanpa membezakan makna. Contohnya: a) Ali menasihati Ahmad yang nakal itu. b) Ali menasihatkan Ahmad yang nakal itu. Sila rujuk buku tatabahasa Dewan terbitan DBP. Harap maklum. 1) Hanafiah dihadiahi sebuah kereta oleh Ahmad. 2) Sebuah kereta dihadiahkan oleh Ahmad kepada Hanafiah. 3) Kami dihidangi sedulang makanan oleh pelayan itu. 4) Sedulang makanan dihidangkan oleh pelayan itu kepada kami.Tatabahasa15.03.2013
Soalan 1 Merujuk kepada jawapan yang diberikan pada 24/12, bukankah dalam Kamus Dewan Edisi keempat, jarang=jarang-jarang, justeru, mengapakah ayat:Pelajar itu terpilih sebagai pelajar cemerlang kerana dia jarang ponteng sekolah, salah? Soalan 2 Merujuk kepada jawapan yang diberikan pada 24/12, imbuhan ter- dan sekali merupakan dua darjah penghabisan, justeru, mengapakah "terkenal sekali" adalah betul?Berikan penjelasan selanjutnya Soalan 3 Apakah perbezaan antara menasihati dan menasihatkan? Kemukakan beberapa contoh ayat yang menunjukkan penggunaannya. Soalan 4 Yang mana betul? a)Kita sepatutnya mendengar arahan guru kita b)Sepatutnya kita dengar arahan guru kita c)Kita sepatutnya mendengar arahan daripada guru kita d)Sepatutnya kita dengar arahan daripada guru kita Soalan 5 Yang mana betul?Berikan penjelasan a)Ikatan kain itu hampir terlucut daripada pinggangnya b)Ikatan kain itu hampir terlucut dari pinggangnya Soalan 6 Yang mana betul? Berikan penjelasan a)Memahami dengan lebih mendalam lagi tentang kebaikan melabur dalam saham amanah b)Memahami kebaikan melabur dalam saham amanah dengan lebih mendalam lagi Soalan 7 Apakah perbezaan antara pembelajaran dan pemelajaran?Berikan beberapa contoh ayat yang menunjukkan penggunaan kedua-dua istilah tersebut.Selain itu, ayat manakah yang betul? a)Sekolah seharusnya menyediakan suasana pembelajaran yang baik b)Sekolah seharusnya menyediakan suasana pemelajaran yang baik1. Pelajar itu terpilih sebagai pelajar cemerlang kerana dia jarang ponteng sekolah. - ayat ini betul  2. Yang betul ialah terkenal - kami mohon maaf atas kekeliruanyangtimbul.  3. Tidak ada perbezaan yang jelas antara menasihati dan menasihatkan, kedua-duanya bermaksud memberi nasihat atau tunjuk ajar.  4. Kita sepatutnya mendengar arahan daripada guru kita. ayat yang betul  5. Ikatan kain itu hampir terlucut daripada pinggangnya. - ayat yang betul  6. kedua-dua ayat ini betul.  7. Pembelajaran bermaksud proses belajar, untuk memperoleh ilmu pengetahuan (sesuatu kepandaian dll), manakala Pemelajaran bermaksud proses belajar untuk mengetahui sesuatu dengan mendalam. Berdasarkan makna tersebut pemelajaran memerlukan usaha yang lebih yang biasanya merujuk mereka yang terlibat dalam kerja penyelidikan. Oleh itu ayat yang tepat ialah - Sekolah seharusnya menyediakan suasana pembelajaran yang baik.Tatabahasa24.12.2008

Kembali ke atas