Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[na.sio.na.lis] | ناسيوناليس

Definisi : orang yg mencintai nusa dan bang­sanya, pencinta bangsa, patriot: dia memang seorang ~, dan sentiasa mengikuti perkem­bangan politik di negeri ini. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[na.sio.na.lis] | ناسيوناليس

Definisi : orang yg mencintai negara dan bangsanya; pencinta bangsa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nasionalis


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
nationalistnasionalisSains PolitikPolitik PerbandinganIndividu atau golongan yang berpegang kepada semangat kecintaan pada negara atau bangsa. Semangat ini biasa dikaitkan dengan segolongan rakyat yang bergerak untuk memperjuangkan kemerdekaan dan pembangunan negara yang berada di bawah takluk penjajahan. Semangat ini kadangkala bertindan lapis dengan semangat perkauman atau sentimen primordial sesuatu kaum. Contohnya, tokoh pejuang seperti Dato' Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman, Ishak Hj. Mohamad dan Dr. Burhanuddin al-Helmi merupakan golongan nasionalis tanah air.
nationalistnasionalisSains PolitikTiadaTiada
nationalistnasionalisSejarahTiadaTiada
nationalistnasionalisSains PolitikPolitik PerbandinganTiada
double-tenthhari sepuluh-sepuluhSejarahTiadaTarikh 10 Oktober yang dirayakan oleh golongan Nasionalis Cina sebagai memperingati kejatuhan dinasti Mancu pada 10 Oktober 1911.
zionismfahaman zionisSains PolitikHubungan AntarabangsaFahaman yang dibentuk pada tahun 1880-an. Fahaman ini menerangkan kesedaran nasionalis Yahudi yang berusaha menempatkan orang Yahudi di Palestin. Walaupun tidak semua orang Yahudi berfahaman zionis dan tidak semua mahu tinggal di Israel, namun mereka masih menyokong perjuangan Israel. Sinonim zionisme.
Fascismfahaman FasisSains PolitikHubungan AntarabangsaFahaman yang timbul sebagai reaksi penentangan terhadap sayap kiri selepas Perang Dunia Pertama. Dalam pengertian khusus, fahaman ini merujuk kepada sistem ketatanegaraan dan kemasyarakatan yang berbentuk diktator dan nasionalis. Fahaman ini diperkenalkan oleh Mussolini di Itali (1922 � 1943). Secara umumnya, fahaman ini juga merujuk kepada fahaman yang mirip dengan aliran yang diperkenalkan oleh Mussolini yang dianuti di negara lain di seluruh dunia, khususnya sebelum dan semasa Perang Dunia Kedua. Contoh negara yang pernah menganut fahaman ini ialah Jerman, Austria, Jepun, Romania, Brazil (pimpinan Vargas), Sepanyol (pimpinan Franco), Portugal (pimpinan Salazar) dan Argentina (pimpinan Peron). Para sarjana dan ahli teori berpendapat bahawa fahaman ini merupakan ideologi faham pelampau kanan yang merangkumi ras, agama, ekonomi, kebajikan sosial dan kepimpinan. Asas fahaman ini secara langsung dan secara khusus menentang komunisme, sosialisme dan liberalisme. Dalam konteks hubungan antarabangsa, fahaman ini berkait rapat dengan dasar imperalisme, militarisme dan nasionalisme. Ciri-ciri asas aliran tersebut adalah seperti yang berikut: i. sistem ketatanegaraan dan kemasyarakatan yang autokratik; ii. struktur negara berbentuk koperatif; iii. pemerintahan berasaskan prinsip kepimpinan yang dijalankan oleh kaum elit; iv. menekankan prinsip autarki; dan v. membebaskan diri daripada pengaruh fatalisme.
provisional governmentkerajaan sementaraSains PolitikPolitik PerbandinganKerajaan yang dibentuk hanya untuk sementara waktu sama ada kerana masih tidak boleh mcmbentuk kerajaan rasmi atau masih dalam pelarian atau buangan ataupun sementara menanti keadaan menjadi aman setelah berlaku kacau-bilau dalam sesebuah negara. Kerajaan ini dibentuk sebagai memenuhi keperluan wujudnya pemerintah untuk mentadbir negara tetapi tidak menjadi kerajaan yang popular. Kerajaan ini hanya menjalankan urusan pentadbiran bagi tempoh tertentu. Contohnya, kerajaan sementara Korea telah dibentuk di Shanghai pada tahun 1919 oleh pejuang nasionalis Korea yang sangat patriotik kerana negara tersebut sedang dikuasai oleh Jepun.
terrorismterorismeSains PolitikPolitik PerbandinganTindakan di luar batas perlembagaan oleh sesebuah kumpulan bagi mencapai sesuatu objektif politik yang dilakukan secara sistematik untuk menimbulkan rasa cemas dan takut orang ramai. Tindakan ini dilakukan tanpa perikemanusiaan seperti meletupkan bom di khalayak ramai, dalam bangunan atau memusnahkan binaan yang penting. Tindakan ini sebenarnya ditujukan kepada pihak tertentu seperti kerajaan atau organisasi. Walaupun begitu, orang ramai yang tidak bersalah turut menjadi mangsa. Keganasan biasanya dilakukan oleh kelompok politik beraliran kanan atau kiri, gerakan perkauman, keagamaan, nasionalis, revolusioner atau agensi pemerintah seperti yang dilakukan oleh pemerintah sendiri, perisik atau tentera. Sinonim keganasan.
commonwealthKomanwelSains PolitikPolitik PerbandinganPerikatan negara merdeka yang terbentuk secara sukarela untuk melindungi kepentingan masing-masing atau melambangkan identiti politik tertentu yang sepunya di kalangan mereka. Ahli falsafah politik, Thomas Hobbes mentakrifkan konsep ini sebagai aksi kerjasama beberapa golongan masyarakat atau negara untuk melindungi nilai tertentu yang dikongsi bersama. Misalnya Poland dan Lithuania pernah mewujudkan Komanwel pada tahun 1569 bagi melindungi kedua-dua negara tersebut daripada ancaman Rusia dan juga Empayar Ottoman. Dalam konteks moden hari ini, Komanwel lebih merujuk kepada kesatuan sukarela atau kerjasama yang terbentuk di kalangan negara bekas tanah jajahan British. Terdapat dua jenis Komanwel iaitu Komanwel Lama yang terdiri daripada negara tanah jajahan British yang bersifat penempatan baru dan kemudiannya memperoleh kemerdekaan seperti New Zealand, Australia dan Kanada. Komanwel Lama juga terbentuk selepas Perang Dunia Pertama berakhir. Komanwel Baru pula ialah negara bekas tanah jajahan British yang memperoleh taraf kemerdekaan secara gerakan nasionalis seperti Malaysia, India, Jamaica, Kenya dan Nigeria.

Kembali ke atas