Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[na.sio.na.lis.me] | ناسيوناليسمى

Definisi : 1. perasaan cintakan bangsa dan negara sendiri yg mendalam: sekolah rakyat dlm cerita itu akan menjadi simbol ~; 2. pergerakan utk mencapai kebebasan ekonomi dan politik drpd kuasa asing, se­mangat kebangsaan: kaum intelek yg berpen­didikan Barat menjadi pelopor ~, politik dan kebudayaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[na.sio.na.lis.me] | ناسيوناليسمى

Definisi : 1 perasaan cinta pd negara dan bangsa sendiri. 2 pergerakan membebaskan negara atau ekonomi drpd cengkaman kuasa asing. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nasionalisme


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
supranationalismsupranasionalismeSains PolitikPolitik PerbandinganSemangat nasionalisme yang melangkaui sehingga luar kawasan negara asal. Semangat nasionalisme biasanya bersifat kecintaan rakyat terhadap negaranya sahaja, namun dalam konteks supranasionalisme, semangat itu mencapai hingga ke peringkat luar wilayah sama ada wilayah bekas penjajahnya atau wilayah yang berdekatan dengan negaranya. Contohnya, nasionalisme rakyat India tidak terbatas kepada pembinaan identiti dan cinta kepada negaranya tetapi menjangkau kepada benua kecil India seperti Nepal, Pakistan, Bangladesh dan sebagainya.
nationalismnasionalismeMuzikTiada

 Gaya muzik yang muncul pada abad ke-19. Idea dan semangat patriotisme ditekankan dan disampaikan melalui muzik. Karya muzik mengandungi elemen muzik rakyat dari segi ritma dan melodi. Ritma tarian rakyat dan personaliti tokoh juga digunakan sebagai asas penciptaan muzik. Contohnya, Boris Godunov (1869) oleh Mussorgsky.

biological nationalismnasionalisme bangga bangsaSejarahTiadaSemangat kebangsaan yang mengagung-agungkan keturunan sesuatu bangsa yang dianggap lebih istimewa daripada bangsa lain seperti fahaman Nazi oleh Hitler.
supra-nationalismsupra-nasionalismeSains PolitikTiadaTiada
bourgeois nationalismsemangat kebangsaan burjuisSejarahTiadaSemangat nasionalisme yang muncul di kalangan golongan pertengahan biasanya ahli-ahli perniagaan.
embryonic nationalismnasiolisme embrionikSejarahTiadaPertumbuhan semangat nasionalisme yang masih di peringkat awal biasanya di kalangan orang-orang bawahan sahaja.
national liberationpembebasan kebangsaanSains PolitikPolitik PerbandinganGerakan nasionalisme yang berjuang untuk membebaskan wilayah dan negara daripada penjajah atau perjuangan kelompok kaum tertentu daripada penguasaan sesebuah pemerintahan. Gerakan ini boleh berbentuk sulit atau secara terang-terangan, bergerak dalam bentuk aman dengan menggunakan cara sah atau melalui keganasan dan kekerasan. Contohnya, Gerakan Quebec di Kanada bergerak secara sah dan aman manakala Gerakan Acheh pula bergerak secara kekerasan. Sinonim pembebasan nasional.
American LegionLegion AmerikaSains PolitikHubungan AntarabangsaOrganisasi bekas pejuang perang dunia Amerika Syarikat yang ditubuhkan pada tahun 1919. Tujuan umumnya adalah untuk membela tatacara hidup Amerika Syarikat, iaitu menentang pengaruh komunisme dan membina semangat nasionalisme yang kuat. Secara khusus pula, organisasi ini berperanan membela veteran perang Amerika Syarikat.
FascismFasismeKesenianSeni BinaGaya seni bina yang dibangunkan oleh arkitek masyarakat Fasis yang diasaskan oleh Benitto Musolini di Itali pada awal abad ke-20. Gaya seni bina ini popular pada lewat 1920-an dengan kebangkitan modenisme bersama-sama dengan nasionalisme yang berkaitan dengan kerajaan Fasis di Eropah barat. Pendekatan seni binanya banyak merujuk kepada gaya seni bina Rom Purba.
tribal politicspolitik kabilahSains PolitikPolitik PerbandinganPolitik yang bersifat tradisional yang mengutamakan ikatan kekeluargaan, suku atau kaum. Sentimen keagamaan, bahasa yang digunakan, budaya, daerah dan primordial yang lain cukup kuat mempengaruhi politik jenis ini. Hubungan patronage dan kekerabatan ini mengatasi ikatan kepartian, ideologi, kerasionalan dan nasionalisme. Politik ini masih banyak terdapat dalam negara sedang membangun seperti di Asia dan Afrika. Hal ini menyukarkan amalan demokrasi, penglibatan yang tinggi dan persaingan yang bebas dilaksanakan di negara tersebut. Contohnya, politik dalam suku kaum Bushman di Botswana, suku kaum Masai di Kenya dan suku kaum Hutu dan Tutsi di Rwanda. Sinonim politik kesukuan.
12

Kembali ke atas