Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[na.syid] | نشيد

Definisi : Ar lagu (biasanya dinyanyikan secara kumpulan) yg mengandungi seni kata yg berunsur Islam: terdengarlah suara suci kudus melagukan ~ dan qasidah; bernasyid menyampaikan nasyid: kum­pul­an nasyid ini ~ di majlis-majlis keramaian. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nasyid


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
nasyidnasyidMuzikTiada

 Lagu Arab berasaskan puisi yang bertemakan kemuliaan ajar-an Islam atau memuji Nabi Muhammad SAW. Lagu nasyid juga dinyanyikan oleh umat Islam di negara lain dalam bahasa tempatan masing-masing. Sejak tahun 1990-an, lagu nasyid telah diubah suai sebagai pop nasyid yang dinyanyikan dalam gaya muzik popular dan diiringi alat muzik genderang seperti rebana, kompang, bongo, loceng dan marakas. Rentak masri biasanya digunakan dalam pop nasyid. Contohnya, Puji-Pujian oleh Raihan dan Intifada oleh Rabbani.

hymnbookbuku nasyid (Kristian)SejarahTiadaTiada
choruskorusKesusasteraanPuisiPaduan suara ramai penyanyi yang berperanan sebagai suara latar atau suara pengimbang kepada suara penyanyi solo, Contohnya, dalam penyampaian lagu nasyid, korus sering ditampilkan. Korus juga boleh disampaikan tanpa penyanyi solo. Contohnya, dalam menyampaikan lagu yang bernada patriotik, supaya menjadi lebih bersemangat.
odeodaKesusasteraanPuisiPuisi yang membawakan pemikiran dan tema-tema berupa sanjungan, pemujaan dan pujian, terutama terhadap seseorang tokoh, pemimpin atau objek-objek yang disanjungi dan dihormati. Puisi-puisi yang dijadikan lagu-lagu nasyid adalah merupakan puisi oda yang liriknya menyanjung tentang kemuliaan Nabi Muhammad s.a.w dan keagungan Allah s.w.t.
masrimasriMuzikTiada

 Lagu sinkretik sosial Melayu. Masri bermeter kuadrupel dan mempunyai rentak empat bit. Rentak masri mempunyai persamaan dari segi rentak dengan tarian beledi di Asia Barat. Rentak ini digunakan dalam lagu ensembel ronggeng dan pop nasyid


Kembali ke atas