Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[na.ta] | نات

Definisi : = sang ~ sl baginda, raja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nata


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Nata de coco dalam bahasa Melayu?Cadangan padanan bahasa Melayu bagi nata de coco yang paling hampir ialah jeli kelapa.Penyemakan dan penterjemahan20.03.2018
Salam sejahtera pada pihak DBP, apakah isu yang sesuai dan boleh dikupas untuk saya kaji di dalam Hikayat Indera Nata? Dan apakah buku-buku rujukan yang boleh saya gunakan dalam kajian saya? Saya masih buntu dalam mencari tajuk kajian saya.

Hikayat Indera Nata digolongkan dibahagikan dalam zaman peralihan Hindu-Islam. Secara umum, pelbagai perkara boleh dikaji daripada teks tersebut. Di antara kajian tersebut ialah seperti berikut:

  1. Pemikiran dalam teks tersebut
  2. Teknik Naratif/penceritaan teks zaman peralihan
  3. Gaya Bahasa teks zaman peralihan
  4. Unsur-unsur Mitos, Dongeng, Fantasi dan sebagainya
  5. Konsep Wira dalam teks tersebut
  6. Konsep Kuasa dalam teks tersebut
  7. Unsur-unsur Islam dalam teks tersebut dll

Sekian, terima kasih

 

Lain-lain06.07.2009
apakah maksud gerah rangdu dalam hikayat indera nata?Merujuk Kamus Dewan Edisi Empat, gerah sama maksud dengan panas, manakala perkataan rangdu tidak terdapat dalam Kamus Dewan.  Walau bagaimanapun, setelah merujuk pegawai di Bahagian Penyelidikan Sastera, istilah rangdu ialah istilah sastera Melayu klasik yang tidak digunakan lagi dan hanya digunakan zaman tersebut. Rangdu ialah bahan yang berupa seperti bedak atau mekap untuk mengubah wajah seseorang. Saudara boleh menghubungi pegawai kami melalui e-mel ,saif@dbp.gov.my untuk lebih lanjut.Makna09.07.2013

Kembali ke atas