Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[na.ti.jah] | نتيجه

Definisi : Ar keputusan (dr sesuatu), kesudahan, kesimpulan, akibat: kadang-kadang apa yg kita benci dan tidak suka itu baik ~nya; ~ drpd perkembangan ekonomi kolonial spt itu amat buruk padahnya kpd masyarakat Melayu; menatijahkan mendatangkan natijah, meng­­akibatkan: pembangunan yg tertumpu pd aspek materialistik semata-mata hanya akan ~ kehancuran sesuatu peradaban; ke­ada­-an ini akan ~ perkembangan yg tidak se­imbang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
natijah (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan keputusan, kesimpulan, ketetapan, hasil.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya mempunyai beberapa soalan di sini. 1) Saya ingin kepastian penggunaan perkataan DARI dan DARIPADA secara betul. 2) Saya juga ingin kepastian makna dan kesesuaian perkataan itu digunakan contoh seperti perkataan sayugia, waima dan natijah. Terima kasih di atas ulasan pihak tuan.

1. Kata sendi nama DARI digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yg menyatakan arah, tempat atau masa. Contoh: Saya datang DARI kampung, Keadaannya semakin tenat DARI sehari ke sehari. Kata sendi nama DARIPADA pula hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yg. menyatakan punca bagi manusia atau institusi, haiwan, benda dan unsur abstrak, sumber atau asal kejadian sesuatu benda, sebahagian daripada semua dan perbezaan atau perbandingan. Contoh, Ali menerima surat DARIPADA ibunya, benang berasal DARIPADA kapas, sebahagian DARIPADA pelajar sekolah itu sudah pulang ke kampung, Ali lebih tinggi DARIPADA Ahmad.

2. Ejaan yang betul ialah seyogia, daripada  perkataan yogia. Seyogia membawa makna sepatutnya, selayaknya, semestinya. Contoh ayat: jikalau tuan hendak belayar, seyogianya hamba dibawa. Waima berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud  sama ada, walaupun. Contoh ayat: apa pun yg dibuat manusia, ~ dgn perang meledakkan dunia dan isinya, manusia tidak akan berjaya membunuh kebenaran dan keutamaan. Natijah:  keputusan (dr sesuatu), kesudahan, kesimpulan, akibat. Contoh ayat: kadang-kadang apa yg kita benci dan tidak suka itu baik ~nya; ~ drpd perkembangan ekonomi kolonial spt itu amat buruk padahnya kpd masyarakat Melayu.

Tatabahasa30.11.2010
apakah cabaran bahasa melayu masa kini? Sama ada kepada sosial dan ekonomi di negara Malaysia

Sila rujuk bahan ini :

1. Bahasa Melayu hakikat dan cabarannya oleh Hassan ahmad. Dewan Bahasa : 1/10/1979

2.Cabaran Dunia Berbahasa Melayu . oleh Hassan Ahmad. Pelitab Bahasa : 1/11/95.

3.Glabalisasi Bahasa dan Budaya Melayu oleh A.Azizi Deraman.Dewan Budaya.1/07/1996

4.Natijah dan cabaran bahasa Melayu sebagai bahasa keempat didunia.oleh Anwar Rethwan.Dewan bahasa : 1/04/2002

   

   
Lain-lain27.01.2008

Kembali ke atas