Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[na.tu.ral] | ناتورل

Definisi : 1. (yg) bersifat semula jadi, alamiah: perkembangan yg sihat dan ~ dlm proses pem­­­­binaan bahasa; 2. (yg) menjadi kebiasa­an, kelaziman. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata natural


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
NATURAL LATEX BACK CARE SLEEP SYSTEM

Sila buat permohonan pengesahan iklan secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my.
Sila Daftar Akaun (rujuk Panduan Pendaftaran) dan aktifkan akaun. Log masuk setelah akaun diaktifkan.

Pilih DAFTAR PERMOHONAN > DAFTAR IKLAN, isi maklumat permohonan (rujuk Panduan Pelanggan), Jenis iklan:  Papan premis kedai/pejabat/syarikat  (atau yang berkaitan), pilih PBT dan klik “Pilih”. Pastikan Jumlah bayaran menjadi RM10.00 atau RM30.00 bergantung kepada jenis iklan yang dipilih. Muat naik visual iklan mengikut format,  klik SIMPAN.

Makluman Tahniah Pendaftaran Iklan XXX Berjaya akan dipaparkan.

Sila buat bayaran setelah menerima makluman tersebut supaya iklan dapat diproses.

 


Lain-lain26.03.2021
Saya sedang menulis buku berkaitan natural farming. Apakah terjemahan yang paling cocok untuk natural farming? Adakah Pertanian Alami sebagaimana saudara kita, Indonesia terjemahkan?

Dalam data rujukan kami, belum terdapat padanan khusus bagi istilah “natural farming”.

Walau bagaimanapun, terdapat istilah dalam bidang pertanian iaitu “natural planting” yang dipadankan sebagai tanam semula jadi dan “commercial farming” yang dipadankan sebagai pertanian dagangan.

Oleh itu, cadangan kami bagi istilah “natural farming” ialah pertanian semula jadi.

Istilah09.10.2019
Apakah terjemahan terbaik untuk istilah natural farming? Hal ini kerana istilah pertanian organik tidak berapa tepat. Adakah sesuai diterjemahkan sebagai pertanian alami?Istilah  natural farming masih belum ada dalam pangkalan data kami, cadangan daripada pihak kami, terjemahan natural farming ialah perladangan, pertanian atau penternakan semula jadi mengikut kesesuaian konteks ayat yang ingin digunakan.Makna13.05.2019
Lembaga Getah Malaysia akan melaksanakan Malaysian Sustainable Natural Rubber (MSNR). Kami ingin mendapatkan pandangan DBP mengenai padanan yang tepat dalam bahasa Melayu bagi perkataan Malaysian Sustainable Natural Rubber (MSNR).Cadangan terjemahan bahasa Melayu bagi frasa Malaysian Sustainable Natural Rubber (MSNR) ialah Getah Asli Mampan Malaysia. Penyemakan dan penterjemahan15.10.2023
Betulkah untuk menterjemahkan "Natural Baking Soda" sebagai "Soda Penaik Semulajadi" dalam BM?
"Natural baking soda" boleh diterjemahkan kepada "soda penaik semula jadi" atau "soda penaik asli".

Sila ambil maklum, ejaan "semula jadi" dieja jarak.
Penyemakan dan penterjemahan27.06.2023
Assalamu'alaikum. Apakah terjemahan yang tepat untuk "natural right"? Terima kasih.Untuk makluman, padanan istilah bahasa Melayu untuk natural rights ialah hak semula jadi (bidang Sains Politik).Istilah19.05.2011
Kami mendapati bahawa padanan bagi perkataan “natural” dalam Peraturan-Peraturan yang sedang kami semak digunakan secara tidak konsisten. Ada yang dipadankan dengan “asli” dan ada yang dipadankan sebagai “semula jadi”. Apakah padanan yang sewajarnya?Dalam bidang undang-undang, natural diterjemahkan kepada semula jadi. Adapun terjemahan asli yang digunakan bagi menggambarkan maksud genuine tetapi frasa bahasa Inggerisnya dibina dengan perkataan natural.Istilah28.05.2021
Salam DBP. Saya memerlukan padanan bagi “natural attenuation”. Mohon bantuan DBP. Terima kasih.Padanan bahasa Melayu bagi istilah natural attenuation ialah pelemahan semula jadi. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.

Istilah06.12.2022
Mohon untuk dapatkan istilah dalam Bahasa Melayu untuk istilah berikut: calcined natural bone ash adakah: 1. abu tulang bakar asli atau 2. abu tulang asli bakar Ayat penuh: Bone china ertinya apa-apa chinaware atau porselin yang mengandungi 25 peratus atau lebih calcined natural bone ash atau trikalsium fosfat dan penyerapan air tidak lebih daripada 0.4 peratus Segala bantuan amat dihargai. Terima kasih.Cadangan kami untuk terjemahan calcined natural bone ash ialah abu tulang bakar asli.Tatabahasa04.05.2012
Sekiranya ada petikan dalam ayat dengan tanda petik "..." , adakah huruf pertama perlu huruf besar atau tidak? Contoh; Cara Nine (2008) menyatakan sebagai, " as natural right capable..." ATAU " As natural right capable..."

Berdasarkan contoh ayat yang diberikan, huruf pertama selepas tanda petik dieja dengan huruf kecil jika ayat yang dipetik berada di tengah ayat dan huruf besar sekiranya berada pada awal ayat atau nama khas.


Tatabahasa14.01.2024
1234

Kembali ke atas