Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[na.zar] | نذر

Definisi : Ar janji utk berbuat sesuatu apabila tercapai hajat, kaul, niat; membayar (mele­paskan, menunaikan) ~ membuat atau me­nunaikan apa yg telah dijanjikan; bernazar berjanji akan membuat sesuatu (apabila tercapai hajat), berkaul, berniat: ia ~, jika ia lulus dlm peperiksaannya nanti ia akan berpuasa tiga hari; menazarkan menjanjikan utk berbuat sesuatu (jika hajat tercapai), mengaulkan, meniatkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[na.zar] | نذر

Definisi : janji hendak berbuat sesuatu apabila telah tercapai sesuatu hajat; niat; kaul. membayar (menunaikan) ~ menunaikan apa-apa yg telah dijanjikan. bernazar berjanji akan membuat sesuatu apabila tercapai sesuatu hajat; berkaul; berniat: Dia ~ bahawa kalau anaknya sembuh, dia akan bersedekah kpd fakir miskin. menazarkan menjadikan sesuatu sbg nazar; meniatkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nazar
Bahasa Asal :Arab
Rujuk :niat


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ANAK NAZAR TUJUH KERAMATANAK NAZAR TUJUH KERAMAT,  drama sebabak karya Kalam Hamidi yang diterbitkan oleh Pustaka Khairil, Kuala Lumpur pada tahun 1966BUDAYAKonsep
NAZAR NONG

NAZAR NONG, (1928-1994), pejuang anti-British. Dia lahir pada 25 Januari 1928, di Kuala Lipis, Pahang. Dia berasal daripada keturunan keluarga Tuk Gajah dan Mat Kilau, pahlawan Pahang yang berjuang bersama-sama Dato’ Bahaman menentang penjajah Britsh pada akhir abad ke-19. Bapanya, Mohammad Nong bin Abdul Rahman, penghulu yang disegani dan pernah berkhidmat di beberapa buah mukim termasuk Budu, Tembeling Tengah dan Kuala Tembeling d Pahang.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas