Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[né.bu.la] | نيبولا

Definisi : (nébula) kepulan gas dan zarah yg kelihatan spt tompokan cahaya yg kabur di langit pd waktu malam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nebula


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
NEBULA

Nebula ialah awan zarah debu dan gas di

angkasa. Istilah nebula berasal daripada perkataan

Latin yang bermaksud awan . Ahli astronomi awal

menggunakan istilah ini untuk galaksi jauh di luar

galaksi dunia, iaitu Bima Sakti. Galaksi tersebut

dikenal sebagai nebula ekstragalaksi . Ia kelihatan

seperti tompokan cahaya yang kabur di celah-celah

bintang. Tetapi teleskop moden menunjukkan

bahawa nebula ekstragalaksi sebenarnya ialah

sistem bintang yang serupa dengan Bima Sakti.

UMUM 
HIPOTESIS NEBULA UMUM 
EVOLUSI NAJAM

Evolusi najam, kajian tentang evolusi bintang. Di beberapa tempat tertentu di angkasa lepas terdapat gugusan gas yang banyak. Tempat-tempat ini dinamakan Nebula dan merupakan tempat bintang dilahirkan.

FIZIKSistem
ROSSE, EARL OF

Rosse, Earl of (1800–1867) ialah ahli astronomi

Ireland yang membina teleskop pantul, yang

pada masa itu merupakan yang terbesar dan

paling berkuasa di dunia. Dia mengambil masa

beberapa tahun untuk menyempurnakan kaedah

dan bahan-bahan yang digunakan untuk

membina cermin teleskop yang diperbuat

daripada logam yang bergilap. Teleskop itu

terletak di pekarangan rumah keluarga Rosse di

Birr Castle, di Kaunti Offaly. Dengan

menggunakan teleskop tersebut, Lord Rosse

dapat mengkaji langit dengan lebih terperinci.

Secara khusus dia dapat mengkaji tentang jisim

jerebu yang dikenal sebagai nebula.

UMUM 
TAURUS

Taurus, Lembu Jantan , ialah buruj (kumpulan

bintang) yang membentuk tanda kedua zodiak.

Dalam mitologi Yunani, Zeus mengubah dirinya

menjadi seekor lembu jantan yang putih bersih

supaya dia dapat menawan hati Europa yang

dicintainya. Lembu itu dikagumi oleh Europa lalu

ditungganginya. Zeus pun mendedahkan

identitinya dan mengahwini Europa.

Di langit, Taurus dapat dicamkan dengan

kehadiran dua gugusan bintang yang terbuka.

Gugusan bintang berbentuk V, iaitu Hyades ,

menandakan muka lembu. Pleiades, gugusan

bintang yang agung dan lebih padat, membentuk

bahu lembu itu. Bintang yang kemerah-merahan,

Aldebaran, menandakan mata kanan. Dua butir

bintang lagi, Beta dan Zeta Tauri, membentuk

hujung tanduk lembu. Taurus juga termasuk

Nebula Ketam, suatu jisim gas dan debu yang

mengembang, dan yang berpunca daripada

supernova (ledakan bintang) serta T. Tauri, bintang

yang berubah-ubah.

Lihat juga Astrologi; Supernova; Zodiak.

UMUM 

Kembali ke atas