Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ne.ga.ra] | نݢارا

Definisi : 1 kumpulan masyarakat yg mendiami sesuatu kawasan, mempunyai kedaulatan politik dan juga jentera pemerintahan: Kepentingan ~ lebih di­utamakan drpd kepentingan perseorangan. 2 sesuatu kawasan yg didiami oleh masyarakat tsb: ~ Malaysia. ~ dunia ke­tiga negara-negara di Afrika, Asia dan Amerika Latin secara berkumpulan yg dianggap masih mundur atau sedang membangun. ~ jiran, = ~ tetangga negara yg berdekatan. ~ maju negara kaya yg sebahagian besar ekonominya bergantung pd industri dan pendu­duk­nya menikmati taraf hidup yg tinggi. ~ matahari terbit negara Jepun. ~ membangun negara yg sedang giat berusaha meningkatkan taraf hidup, ekonomi dsb (spt Malaysia). ~ per­in­dustrian negara yg kekuatan dan kemajuan ekonominya berteraskan pel­bagai industri. kenegaraan segala yg berkaitan dgn negara. negarawan orang yg mahir benar dgn cara-cara pemerintahan negara; orang yg memegang tampuk pemerintahan sesebuah negara; ahli negara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
negara (kata nama)
Bersinonim dengan negeri, wilayah, provinsi, tanah air, tanah tumpah darah, benua, nusa, pura, zamin, bilad, balad, kawasan, zon, daerah, jajahan, taklukan empayar.,

Peribahasa

Tunggang hilang berani mati.

Bermaksud :

Tiada gentar menjalankan kewajipan, terutama untuk membela bangsa dan negara.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
common marketpasaran bersamaSosiologiTiadaGabungan atau persatuan diantara negara-negara serantau dalam usaha untuk membebaskan perdagangan antarabangsa dari tarif, dan lain-lain gangguan dengan membuat persetujuan supaya negara-negara ahli menghapuskan cukai; tarif atau duti.
nuclear weapons non-proliferationketakleluasaan senjata nuklearKejuruteraanTiadaKetaktambahan bilangan senjata nuklear sama ada dalam negara-negara yang sudah mempunyai senjata nuklear atau negara-negara yang belum mempunyainya.
confederationkonfederasi; pergabunganSejarahTiadaGabungan beberapa negara yang bersatu untuk tujuan kerjasama pertahanan tetapi tidak mempunyai kuasa untuk menguasai rakyat negara-negara gabungan dan hal-hal tentang dasar luar negara-negara gabungan tersebut.
Asia Pacific Postal Union (APPU)Pertubuhan Pos Asia PasifikPentadbiran PerniagaanTiadaPertubuhan yang dianggotai oleh pentadbiran pos negara-negara kawasan Asia Pasifik bertujuan menyelaras peraturan khas yang berkaitan dengan perkhidmatan pos dalam hubungan antara negara-negara tersebut.
debtor nationnegara penghutangSejarahTiadaNegara yang berhutang dengan negara-negara lain melebihi kadar pelaburan luar negaranya.
freedom of the airkebebasan di udaraAeroangkasaTiadaHak dan keistimewaan laluan di udara yang dipersetujui oleh negara-negara yang terlibat.,Sebuah pertubuhan di Amerika Syarikat yang bertanggungjawab terhadap pembangunan dan penyelidikan aeronautik dan telah diserapkan dalam NASA.,Hak dan keistimewaan laluan di udara yang dipersetujui oleh negara-negara yang terlibat.
double taxation agreementperjanjian cukai dua kaliEkonomiTiadaPerjanjian antara negara-negara yang bertujuan untuk mengelakkan berlakunya cukai dua kali ke atas pendapatan antarabangsa, seperti untuk perniagaan, dividen dan royalti yang diperoleh di sebuah negara dan dikirimkan ke negara lain. Dengan demikian, cukai boleh dielak dari dikenakan dua kali ke atas pendapatan atau perolehan yang sama di negara di mana perusahaan itu berada dan sekali lagi di negara di mana pendapatan itu dikirimkan.
double taxation agreementperjanjian cukai dua kaliPentadbiran PerniagaanTiadaPerjanjian antara negara-negara yang bertujuan untuk mengelakkan berlakunya cukai dua kali ke atas pendapatan antarabangsa, seperti untuk perniagaan, dividen dan royalti yang diperoleh di sebuah negara dan dikirimkan ke negara lain. Dengan demikian, cukai boleh dielak dari dikenakan dua kali ke atas pendapatan atau perolehan yang sama di negara di mana perusahaan itu berada dan sekali lagi di negara di mana pendapatan itu dikirimkan.
emigrationemigrasiSejarahTiada1. Perihal perpindahan orang dari negara asal ke negara-negara lain.
Aligned NationsNegara-negara BersekutuSains PolitikTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas