Kamus Sains

Kamus Sains.indb
perantara yang terdiri daripada NAD + dan bentuk asil gliseralde- hid-3-fosfat yang terikat dengan gliseraldehid-3-fosfat dehidrogenase semasa tindak balas yang melibatkan mangkin tersebut. (KIM) ad- (ad-) Imbuhan asing yang merujuk kepada sesuatu yang menghala, mengarah, berdekatan dengan atau tambahan kepada yang lain. Imbuhan ini juga ber- maksud membantu atau menguatkan sesuatu. Contohnya, adoral. (UBAT) Ada (Ada) Bahasa pengaturcaraan sempurna. (BIO) adelphogamy (adelfogami) Persenyawaan antara sel induk dengan sel anak yang terbentuk secara mitosis daripada sumber yang sama. Contohnya, persenyawaan yang berlaku pada sel yis. (BIO) aden- (aden-) Imbuhan asing yang menunjukkan perkaitan dengan kelenjar. Contohnya, adenitis dan adenofibroma. Sinonim adeno-. (UBAT) adeno- (adeno-) Lihat aden-. (UBAT) adenase (adenase) Enzim hidrolisis yang memangkinkan pendeaminaan adenina kepada hipo- xantina dan ammonia

Kembali ke atas