Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ne.ga.ra.wan] | نݢاراون

Definisi : 1. orang yg mahir benar dgn cara-cara pemerintahan negara, orang yg meme­gang atau pernah memegang tampuk peme­rin­­­tahan sesebuah negara, ahli negara: Churchill ialah seorang ~ Inggeris yg ulung; 2. pe­mimpin politik yg sangat dihormati kerana sifat-sifatnya (spt kebijaksanaannya, keju­juran­nya, dll) yg unggul; kenegarawanan sifat atau kebolehan sbg nega­ra­wan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ne.ga.ra.wan] | نݢاراون

Definisi : orang yg mahir benar dgn cara-cara pemerintahan negara; orang yg memegang tampuk pemerintahan sesebuah negara; ahli negara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
negarawan (kata nama)
Bersinonim dengan tokoh negara.


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
statesmannegarawanSains PolitikPolitik PerbandinganSeorang yang begitu komited dan terlibat aktif dalam pemerintahan dan pentadbiran negaranya. Orientasi politik beliau bersifat terbuka dan tidak terikat kepada sokongan parti atau individu tertentu. Beliau sangat sensitif dan mengambil berat akan hala tuju negara dan sentiasa berusaha mempengaruhi sebarang dasar yang digubal serta memastikan pelaksanaannya. Contohnya, Dr. Mahathir Mohamad merupakan seorang negarawan yang berusaha gigih dalam membangunkan Malaysia.
statesmannegarawanSains PolitikTiadaTiada
statesmannegarawanSains PolitikPolitik PerbandinganTiada
machiavelmachiavelKesusasteraanTiadaWatak tipa dalam sesebuah karya yang mendapat namanya daripada Niccolo Machiavelli (1469 � 1527), seorang negarawan dan ahli falsafah di Florence, Itali. Beliau menulis sebuah karya yang mewajarkan konsep �matlamat menghalalkan cara� dalam pentadbiran negara. Bukunya sering dirujuk dalam drama yang dihasilkan pada Zaman Ratu elizabeth 1 pada abad ke-17. Pada zaman tersebut, nama Machiavelli muncul dan dikaitkan dengna sifat kedurjanaan dan kecurangan. Watak penjarah yang terdapat dalam karya tragedi balas dendam dikenali juga sebagai Machiavel.

Kembali ke atas