Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
nombor berarahdirected numberNombor dengan tanda positif (+) atau negatif (−). Contohnya, −3 merupakan nombor negatif 3 manakala +10 merupakan nombor positif 10. Lazimnya, nombor positif tidak diletakkan tanda (+).Menengah Atas
vektor negatifnegative vectorVektor yang mempunyai magnitud yang sama, tetapi bertentangan arah dengan vektor yang asal. Lihat rajahMenengah Atas
nombor negatifnegative numberNombor yang nilainya kurang daripada sifar.Menengah Atas
nombor negatifnegative numberNombor yang nilainya lebih kecil daripada sifar. Contohnya, −2, −1, dan −0.5.Menengah Rendah
integer negatifnegative integerNombor bulat yang kurang daripada sifar. Contohnya, ... −3, −2, −1.Menengah Rendah
nombor berarahdirected numberNombor dengan tanda positif (+) atau negatif (−) di hadapannya.Menengah Rendah
integerintegerNombor bulat yang bertanda positif (+) dan bertanda negatif (−). Contohnya, −2, −1, 0, 1, 2.Menengah Rendah
titik pusinganturning pointTitik pada graf yang menunjukkan tempat perubahan kecerunan tangen daripada nilai positif kepada negatif atau sebaliknya. Titik pusingan mungkin merupakan titik maksimum atau titik minimum. Lihat rajahMenengah Atas
pecutanaccelerationKadar perubahan halaju terhadap masa. Apabila halaju bertambah, pecutannya positif, manakala apabila halaju mengurang, pecutannya negatif (nyahpecutan).Menengah Atas
pecutanaccelerationKadar perubahan halaju sesuatu objek. Bagi halaju bertambah, pecutannya positif, manakala bagi halaju mengurang, pecutannya negatif.Menengah Rendah
12

Kembali ke atas