Ujian

PERKATAANPADANANBIDANGHURAIAN
electron affinity  Tenaga yang diperlukan untuk mengeluarkan elektron daripada ion negatif, bagi memulihkan semula keneutralan sesuatu atom atau molekul atau tenaga yang diserap apabila elektron ditambah pada atom neutral untuk membentuk ion bercas negatif. Kebanyakan unsur mempunyai afiniti elektron negatif yang membawa maksud tenaga tidak diperlukan untuk menambahkan elektron, sebaliknya tenaga dibebaskan. Secara amnya, bukan logam mempunyai lebih afiniti elektron negatif berbanding logam. Walau bagaimanapun, gas nadir mempunyai afiniti elektron positif. Afiniti elektron yang tertinggi ialah atom klorin (Cl), iaitu kira-kira ?349 kJ/mol sementara radon (Rn) yang paling lemah untuk menarik elektron dengan nilai afiniti elektronnya ialah ? 41 kJ/mol.
anion  Atom atau kumpulan atom yang membawa cas negatif. Cas ini terhasil daripada lebihan bilangan elektron berbanding dengan proton dalam anion. Anion terbentuk daripada bahan bukan logam melalui proses penurunan asid neutral atau sebatian berkutub melalui pengionan. Contohnya, Cl-, SO42-, dan CH3COO-. Sinonim bahan beranion.
ion  Atom atau molekul yang kehilangan atau bertambah satu atau lebih elektron sehingga cas elektrik bersihnya bersamaan dengan kehilangan atau pertambahan cas elektron. Ion yang bercas positif dipanggil kation, manakala ion bercas negatif dipanggil anion. Contohnya, tindak balas unsur natrium dengan klorin menghasilkan kation natrium (Na+) dan anion klorin (Cl-).
electrochromic  Keadaan bagi bahan yang sifat optiknya berubah, seperti bertukar warna apabila bahan diletakkan dalam bahan elektrolit dan dikenakan medan elektrik luar. Perubahan sifat optik ini berlaku disebabkan oleh pengoksidaan atau penurunan bahan tersebut apabila disuntik dengan cas positif atau negatif. Perubahan ini dapat berbalik apabila arah medan elektrik luar disongsangkan. Kegunaan bahan elektrokromik adalah sebagai tingkap pintar. Contohnya, filem tipis tungsten dioksida, polianilina dan kromium oksida.

Kembali ke atas