Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[né.ga.tif] | نيݢاتيف

Definisi : (négatif) 1. pernyataan tidak atau bukan, tidak setuju, ingkar: saya menjawab ~, walaupun hati kecil saya mahu mele­tuskan simpati; 2. tidak mempunyai nilai, ciri, kualiti dsb yg membina (meyakinkan, bersemangat, pasti dsb): mereka dianggap bersikap ~ ter­hadap perubahan ataupun terhadap diri mereka sendiri; golongan yg putus asa itu mempunyai sikap yg ~ terhadap hidupnya; 3. cenderung membawa kesan atau pengaruh yg tidak elok (membahayakan, merosakkan dsb): perubahan ~ biasanya lebih cepat men­dapat reaksi berbanding dgn perubahan positif; kita sedar akan bahaya drpd penye­baran budaya ~ yg dianggap oleh penyebar­nya sbg budaya moden dan maju; 4. tidak menunjukkan sebarang tanda atau bukti ada­nya sesuatu penyakit atau keadaan (bkn hasil ujian diagnosis dsb): mereka yg disyaki mena­gih dadah itu telah dibebaskan oleh pihak polis setelah hasil ujian air kencing mereka didapati ~; 5. = nombor ~ (Mat) nombor yg lebih kecil drpd sifar; 6. kurang drpd sifar: kayu bergergaji diramalkan akan menun­jukkan kadar pertumbuhan yg ~; 7. imej foto pd filem yg belum berupa gambar; 8. lwn positif (elektrik dll); menegatifkan menjadikan negatif: tang­gapan sendiri yg ~ sesuatu akan menye­babkan kita menjadi kurang berani meng­hadapi realiti dan cabaran; menegatifkan menjadikan negatif: tang­gapan sendiri yg ~ sesuatu akan menye­babkan kita menjadi kurang berani meng­hadapi realiti dan cabaran; kenegatifan perihal (keadaan) negatif. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[né.ga.tif] | نيݢاتيف

Definisi : /négatif/ 1 pernyataan bukan atau tidak setuju; ingkar. 2 filem gam­bar yg menunjukkan terang gelap bayangan gambar yg terbalik ke­ada­annya. 3 = nombor ~ nombor yg lebih kecil drpd sifar. 4 ist bkn cas elek­trik yg mempunyai lebih elektron dan kurang proton (lw positif). menegatifkan menjadikan atau meng­anggap negatif: Tanggapan yg ~ sesuatu akan menyebabkan kita kurang berani utk menghadapi cabaran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata negatif


Kamus Dewan Perdana

KataTakrifSumber
elektronzarah asas yg wujud bebas atau sbg juzuk atom, dan bercas negatifKamus Dewan Perdana
elektronegatif(bkn unsur) cenderung memperoleh atau menarik elektron utk menjadi ion negatif atau membentuk ikatan berkutubKamus Dewan Perdana
endotoksintoksin tahan haba yg terdapat pd dinding sel bakteria, terutamanya bakteria usus dan bakteria gram-negatif lain, yg terbebas keluar apb bakteria tsb musnahKamus Dewan Perdana

Kembali ke atas