Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[né.ga.tif] | نيݢاتيف

Definisi : (négatif) 1. pernyataan tidak atau bukan, tidak setuju, ingkar: saya menjawab ~, walaupun hati kecil saya mahu mele­tuskan simpati; 2. tidak mempunyai nilai, ciri, kualiti dsb yg membina (meyakinkan, bersemangat, pasti dsb): mereka dianggap bersikap ~ ter­hadap perubahan ataupun terhadap diri mereka sendiri; golongan yg putus asa itu mempunyai sikap yg ~ terhadap hidupnya; 3. cenderung membawa kesan atau pengaruh yg tidak elok (membahayakan, merosakkan dsb): perubahan ~ biasanya lebih cepat men­dapat reaksi berbanding dgn perubahan positif; kita sedar akan bahaya drpd penye­baran budaya ~ yg dianggap oleh penyebar­nya sbg budaya moden dan maju; 4. tidak menunjukkan sebarang tanda atau bukti ada­nya sesuatu penyakit atau keadaan (bkn hasil ujian diagnosis dsb): mereka yg disyaki mena­gih dadah itu telah dibebaskan oleh pihak polis setelah hasil ujian air kencing mereka didapati ~; 5. = nombor ~ (Mat) nombor yg lebih kecil drpd sifar; 6. kurang drpd sifar: kayu bergergaji diramalkan akan menun­jukkan kadar pertumbuhan yg ~; 7. imej foto pd filem yg belum berupa gambar; 8. lwn positif (elektrik dll); menegatifkan menjadikan negatif: tang­gapan sendiri yg ~ sesuatu akan menye­babkan kita menjadi kurang berani meng­hadapi realiti dan cabaran; menegatifkan menjadikan negatif: tang­gapan sendiri yg ~ sesuatu akan menye­babkan kita menjadi kurang berani meng­hadapi realiti dan cabaran; kenegatifan perihal (keadaan) negatif. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[né.ga.tif] | نيݢاتيف

Definisi : /négatif/ 1 pernyataan bukan atau tidak setuju; ingkar. 2 filem gam­bar yg menunjukkan terang gelap bayangan gambar yg terbalik ke­ada­annya. 3 = nombor ~ nombor yg lebih kecil drpd sifar. 4 ist bkn cas elek­trik yg mempunyai lebih elektron dan kurang proton (lw positif). menegatifkan menjadikan atau meng­anggap negatif: Tanggapan yg ~ sesuatu akan menyebabkan kita kurang berani utk menghadapi cabaran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata negatif


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
negativeadj 1. expressing denial, refusal, a. (gen) negatif: he gave a ~ answer, dia memberikan jawapan yg negatif; b. (gram.) nafi: "not in the least" is a ~ expression, "tdk sama sekali" ialah ungkapan nafi; ~ sentence, /ayat, kalimat/ negatif; 2. not constructive, negatif: a ~ sort of person, seorang yg bersifat negatif; his attitude to change is always ~, sikapnya thdp perubahan selalu negatif; a ~ way of looking at things, melihat sst dgn cara yg negatif; 3. not showing what is hoped for or expected, tidak; (tech) negatif: he has tried looking for a job but so far with ~ results, dia telah cuba mencari kerja tetapi setakat ini tidak berhasil; ~ diagnosis, diagnosis negatif; 4. (math & phys) negatif;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
negativen 1. statement expressing denial, refusal, a. (gen) negatif: the answer to my question was a ~, jawapan kpd soalan saya adalah negatif; b. (gram.) approp n + nafi; (of sentence), /ayat, kalimat/ nafi: "not" is a ~, "not" ialah kata nafi; 2. (photog) negatif; 3. (math & phys) negatif;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
minusadj 1. (of sign) minus, tolak: the ~ sign stands for subtraction, tanda minus bermakna penolakan; 2. negative, negatif: ~ quantity, kuantiti negatif; ~ factor, kekurangan, kelemahan: they are veryKamus Inggeris-Melayu Dewan
print3. photograph from developed film, gambar, foto, gambar foto: I ordered three ~s from that negative, saya memesan tiga keping gambar dr negatif itu; 4. material with the printed design, kain cetak: a scarf in a floral ~, skarf drpd kain cetak yg berbunga-bunga; 5. impression made on surface by st pressed into it, kesan, bekas: the ~s of the film star’s hands and feet on the concrete pavement, bekas tapak tangan dan tapak kaki bintang filem itu tertera pd laluan jalan kaki konkrit tersebut; 6. see FINGERPRINT;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
setthere are several good points in this plan which ought to be ~ against the negative ones, ada beberapa perkara yg baik ttg rancangan ini yg harus ditimbang berbanding dgn yg negatif;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
block~ out, a. cover, menutup, melindungi: thick rain clouds were ~ing out the sun, mendung tebal menutup matahari; b. get in the way of, menyekat; c. (photog & printing) menutup: ~ out the top of the negative, tutup bahagian atas negatif itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
anywhereb./b> at all close to (being) hampir; (in relation to distance) dekat, /berdekatan, berhampiran/ dgn; (in relation to time) dekat, hampir; (used with negative) see NOWHERE (nowhere near): are you ~ near finished?, adakah kamu hampir siap?; we cannot say that we are ~ near achieving our objective, kita tdk boleh mengatakan bahawa kita hampir mencapai matlamat kita; do you live ~ near Kuala Lumpur?, adakah kamu tinggal berdekatan dgn Kuala Lumpur?; is it ~ near time to go home?, adakah hampir masanya utk kita pulang?; get ~, berjaya: you won’t get ~ with that negative attitude, kamu tdk akan berjaya dgn sikap negatif spt itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas