Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[né.ga.tif] | نيݢاتيف

Definisi : (négatif) 1. pernyataan tidak atau bukan, tidak setuju, ingkar: saya menjawab ~, walaupun hati kecil saya mahu mele­tuskan simpati; 2. tidak mempunyai nilai, ciri, kualiti dsb yg membina (meyakinkan, bersemangat, pasti dsb): mereka dianggap bersikap ~ ter­hadap perubahan ataupun terhadap diri mereka sendiri; golongan yg putus asa itu mempunyai sikap yg ~ terhadap hidupnya; 3. cenderung membawa kesan atau pengaruh yg tidak elok (membahayakan, merosakkan dsb): perubahan ~ biasanya lebih cepat men­dapat reaksi berbanding dgn perubahan positif; kita sedar akan bahaya drpd penye­baran budaya ~ yg dianggap oleh penyebar­nya sbg budaya moden dan maju; 4. tidak menunjukkan sebarang tanda atau bukti ada­nya sesuatu penyakit atau keadaan (bkn hasil ujian diagnosis dsb): mereka yg disyaki mena­gih dadah itu telah dibebaskan oleh pihak polis setelah hasil ujian air kencing mereka didapati ~; 5. = nombor ~ (Mat) nombor yg lebih kecil drpd sifar; 6. kurang drpd sifar: kayu bergergaji diramalkan akan menun­jukkan kadar pertumbuhan yg ~; 7. imej foto pd filem yg belum berupa gambar; 8. lwn positif (elektrik dll); menegatifkan menjadikan negatif: tang­gapan sendiri yg ~ sesuatu akan menye­babkan kita menjadi kurang berani meng­hadapi realiti dan cabaran; menegatifkan menjadikan negatif: tang­gapan sendiri yg ~ sesuatu akan menye­babkan kita menjadi kurang berani meng­hadapi realiti dan cabaran; kenegatifan perihal (keadaan) negatif. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[né.ga.tif] | نيݢاتيف

Definisi : /négatif/ 1 pernyataan bukan atau tidak setuju; ingkar. 2 filem gam­bar yg menunjukkan terang gelap bayangan gambar yg terbalik ke­ada­annya. 3 = nombor ~ nombor yg lebih kecil drpd sifar. 4 ist bkn cas elek­trik yg mempunyai lebih elektron dan kurang proton (lw positif). menegatifkan menjadikan atau meng­anggap negatif: Tanggapan yg ~ sesuatu akan menyebabkan kita kurang berani utk menghadapi cabaran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata negatif


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
negative gridgrid negatif/kekisi negatifFizikTiadaTiada
negative logiclogik negatif/mantik negatifKejuruteraanTiadaTiada
negative gridgrid negatif/kekisi negatifKejuruteraanTiadaTiada
negatif controlkawalan negatifBiologiGenetikPengawalaturan hasil gen yang bertindak terhadap operon dengan memberhentikan transkripsi gen-gen struktur. Misalnya, pengikat represor kepada operator yang menghentikan transkripsi.
negatif numbernombor negatifMatematikTiadaNombor yang nilainya lebih kecil daripada sifar. Misalnya, -2, -1, dan -0.5. RUJUK RAJAH M.S. 69
negative conductorpengalir negatifTeknikElektrikPengalir atau kabel yang membawa arus balik ke sumber bekalan setelah arus itu melalui peranti. Pengalir negatif disambungkan pada pangkalan negatif sesuatu punca bekalan arus terus.
cathodekatodTeknikElektrik1. Bahagian elektrod tempat arus masuk dalam sel yang berkeupayaan negatif. 2. Bahagian pangkalan negatif voltan bekalan. 3. Pangkalan komponen yang disambungkan ke pangkalan negatif bekalan. 4. Bahagian yang memancarkan elektron dalam tiub vakum atau tuib elektron. 5. Bahagian separuh pengalir jenis N dalam diod simpang atau penerus terkawal silikon.
assembled negativenegatif cantumKesenianTiadaNegatif foto yang dibentuk dengan mencantumkan beberapa bahagian negatif lain.
colour internegativeantara negatif warnaKomunikasiTiadaFilem negatif warna yang dibuat daripada salinan negatif asal.
developmentcucianKomunikasiTiadaProses menukar filem positif kepada negatif atau daripada negatif kepada positif. Ini dilakukan dengan merendamkan filem di dalam asid dalam jangka masa tertentu menurut jenis sesebuah filem dan kesan yang diperlukan.
12345678910...

Kembali ke atas