Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[né.kad] | نيکد

Definisi : (nékad) = menekad 1. keras atau kuat kemahuan, tabah serta cekal hati: keboleh­an­nya bercakap bahasa Melayu lebih drpd dahulu dan semangatnya utk belajar lebih ~; 2. tidak berasa takut-takut lagi, terlalu berani: apabila habis serangan udara, guni beras itu lesap dibawa oleh orang yg ~; rompakan bank yg ~; 3. tidak mempedulikan apa-apa lagi (utk melakukan sesuatu), tidak berfikir panjang lagi: ia tidak mempunyai perhitungan apa-apa, ia sudah ~, dan sudah berserah sepenuhnya kpd takdir; 4. tidak mahu me­ngalah dll, berkeras kepala, berdegil: orang yg kalah itu tetap ~ saja; kenekadan perihal nekad. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[né.kad] | نيکد

Definisi : /nékad/ 1 tidak menghiraukan apa-apa yg akan berlaku kpd dirinya (utk melakukan sesuatu); tetap tidak mahu mengalah: Sesudah terdesak, dia ~ melawan perompak itu. 2 tabah serta cekal hati; keras kemahuan: Ia ~ melan­jutkan pelajaran hingga ke universiti. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nekad (adjektif)
1. Bersinonim dengan gigih: cekal, tabah, kuat kemahuan, kuat semangat,

2. Bersinonim dengan berani: tidak takut, tidak gentar, dakar,
Berantonim dengan takut

3. Bersinonim dengan tidak mahu mengalah: keras kepala, keras hati, degil, tegar hati, tegar tengkok, tekak, bengal, bingal, babil, ungkal, mengotot, dampit, senggang, dahagi, keras keng, deging,

Kata Terbitan : kenekatan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
brinkmanshipnekad-siagaSains PolitikTiadaTindakan mengikuti dasar-dasar yang mempunyai risiko yang tinggi, seperti boleh mengakibatkan peperangan atau kerugian besar, sehingga ke saat paling genting sebelum menarik balik atau memberhentikan dasar tersebut.
brinkmanshipnekad-siagaSains PolitikHubungan AntarabangsaStrategi yang digunakan pada masa krisis untuk memaksa pihak lawan mengambil keputusan berdamai. Intipati strategi ini adalah dengan memanipulasi perkongsian risiko keganasan yang diandaikan tidak diingini oleh pihak yang bertelagah. Idea strategi ini dimulakan oleh Setiausaha Negara Amerika Syarikat, J.F. Dulles semasa pentadbiran Dwight D. Eisenhower pada tahun 1950-an. Contohnya, J.F. Kennedy telah menggunakan strategi ini ketika menghadapi krisis peluru berpandu Cuba pada tahun 1962.
freebooting adventurekembara nekad melanunSejarahTiadaTiada

Kembali ke atas