Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[nék.tar] | نيکتر

Definisi : (néktar) (Bio) cecair manis yg terdapat pd bunga dan biasanya dihisap oleh lebah dan serangga lain, madu bunga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[nék.tar] | نيکتر

Definisi : ist cecair manis yg terdapat pd bunga dan biasanya dihisap lebah dan serangga lain; madu bunga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nektar


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
NEKTAR

Nektar ialah cecair manis yang dikeluarkan oleh

kebanyakan bunga. Serangga terbang dari bunga

ke bunga untuk menghisap nektar. Kelenjar nektar

biasanya terletak di bahagian bawah bunga, dan

serangga terpaksa mengesat debunga untuk

sampai ke nektar. Serangga membawa debunga

dari tumbuhan ke satu tumbuhan. Lebah

mengumpul nektar, dan menukarkannya menjadi

madu.

Lihat juga Lebah (Membuat madu).

UMUM 
MADU

Madu ialah bendalir yang manis, pekat yang

dihasilkan oleh lebah dari nektar bunga. Nektar

ialah cecair yang cair. Lebah menyedutnya dari

bunga mekar dan membawanya ke sarang. Setiap

lebah pekerja mempunyai kantung dalam

badannya yang dikenali sebagai perut madu,

tempat nektar disimpan. Dalam kantung ini, gula

dan nektar diuraikan oleh proses yang dikenali

sebagai inversi menjadi dua gula ringkas, iaitu

fruktos dan glukos. Selepas lebah menyimpan

nektar dalam sarangnya, ia membiarkan

kebanyakan air menyejat dan cecair menjadi pekat.

Ia juga menambahkan enzim yang menyedapkan

rasanya.

UMUM 
KELUANG

Keluang ialah sejenis kelawar besar. Ia hidup di

kebanyakan kawasan tropika kecuali Amerika

Selatan. Ia biasa terdapat terutamanya di kawasan

Pasifik Selatan. Kepala dan badannya kira-kira 30

sentimeter panjangnya, dan bukaan sayapnya

mungkin melebihi 1.5 meter. Mukanya kelihatan

seperti muka rubah. Keluang memakan buah, dan

lebih sesuai dikenali sebagai kelawar buah. Ia juga

memakan kudup bunga, nektar, dan debunga. Pada

waktu siang, ia bergayut pada pokok, biasanya

bersama kelawar buah yang lain. Ini menjadikan

pokok kelihatan seolah-olah sarat dengan buah.

Keluang boleh bergerak jauh untuk mendapatkan

makanan. Ia boleh memusnahkan dusun buah-buahan.

UMUM 

Kembali ke atas