Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[néo.kla.sik] | نيوکلاسيک

Definisi : (néoklasik) berkaitan dgn peng­hidupan semula ciri-ciri klasik dlm kesusas­teraan, seni bina, dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata neoklasik


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
GAYA NEOKLASIK

Gaya neoklasik ialah gaya reka bentuk yang menggunakan inspirasi daripada seni dan seni bina klasik Yunani dan Rom.

KEJURUTERAANKonsep
DAVID, JACQUES LOUIS

David, Jacques Louis (1748–1825), pelukis

Perancis yang terkemuka semasa Revolusi Perancis

dan dalam era Napoleon. Dia melukis khususnya

dalam gaya neoklasik yang menekankan bentuk

secara mantap berdasarkan bentuk model,

unsur perincian yang realistik, dan komposisi

yang berimbang.

UMUM 
PHYFE, DUNCAN

Phyfe, Duncan (1768–1854) ialah pembuat

kabinet dan pereka bentuk perabot Amerika yang

terkenal. Phyfe mempopularkan gaya Persekutuan

pada perabot Amerika. Dia meniru gaya ini

daripada gaya neoklasik Inggeris yang terdapat

pada pertengahan tahun 1700-an.

UMUM 
LESSING, GOTTHOLD EPHRAIM

Lessing, Gotthold Ephraim (1729–1781),

penulis drama, pengkritik dan ahli falsafah Jerman.

Dia sering dianggap sebagai bapa kesusasteraan

moden Jerman. Lessing membantu membebaskan

penulisan Jerman daripada belenggu pengaruh

neoklasik Perancis. Dia mengalih perhatian para

penulis Jerman kepada kesusasteraan Inggeris,

khususnya hasil karya Shakespeare.

UMUM 
PIRANESI, GIOVANNI BATTISTA

Piranesi, Giovanni Battista ( 1720–1778),

pelukis gambar teraan yang terkenal kerana

karyanya tentang seni bina Rom lama. Hasil karya

tersebut mendorong arkitek untuk meniru corak

seni bina Rom lama dan mempengaruhi gaya

neoklasik dalam seni pada tahun 1700-an.

UMUM 

Kembali ke atas