Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[néo.kla.sik] | نيوکلاسيک

Definisi : (néoklasik) berkaitan dgn peng­hidupan semula ciri-ciri klasik dlm kesusas­teraan, seni bina, dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata neoklasik


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
neoclassical economicsekonomi neoklasikEkonomiTiadaKajian ekonomi yang menentukan peletakan harga berdasarkan pendekatan utiliti sut dan daya pengeluaran sut dalam pasaran persaingan. Analisis ekonomi neoklasik tertumpu pada gelagat unit-unit individu ekonomi, sama ada pengguna atau firma, dan bagaimana keputusan yang dibuat oleh unit-unit ini mempengaruhi pasaran. Dalam analisis tersebut, pengaruh institusi sama ada dari segi politik atau sosial, selalunya diabaikan. Lihat juga mazhab neoklasik.
neoclassicneoklasikKesenianTiadaTiada
neo-classical dramadrama neoklasikKesenianDrama dan TeaterGenre drama yang ditulis berdasarkan atau dipengaruhi oleh gaya klasik.
neoclassicismneoklasikismeKesenianSeni BinaGerakan seni yang muncul di Eropah pada penghujung abad ke-18, yang mendapat inspirasi daripada seni bina klasik Yunani dan Rom. Gerakan ini berkembang sehingga awal abad ke-19, dan lebih dikenali dengan nama gaya neoklasik. Antara ciri reka bentuk bangunan yang dibina pada masa itu ialah penggunaan bentuk simetri, bergaris-garis dan penampilan mukaan yang rapi. Bahagian dinding dan tembok bangunan dibuat dalam ukuran yang tebal serta lantai diperbuat daripada marmar. Bahagian hadapan bangunan menggunakan tiang-tiang yang menerapkan gaya Yunani seperti tiang Ionia, Doris dan Corinth. Fungsi utama tiang adalah untuk menopang dan mengukuhkan bangunan, dan bukannya untuk tujuan hiasan. Contoh bangunan yang mempunyai ciri neoklasik ialah Universiti Virginia yang dibina pada tahun 1819 di Charlottesvilley, Amerika Syarikat.
drum tablemeja dramKesenianHiasan DalamanMeja berbentuk dram yang mempunyai permukaan di atasnya yang boleh berpusing. Meja dram diasaskan daripada reka bentuk meja yang berlaci, berpandukan gaya neoklasik Inggeris. Meja dram juga dikenali sebagai meja kapstan.
classical architectureseni bina klasikKesenianSeni BinaSeni bina yang direka bentuk berdasarkan prinsip dan aturan seni bina Greek dan Roman, termasuk seni bina Goth, Renaisans, Baroque, Romanesque, Georgian, neoklasik dan Awal Byzantine. Seni bina ini berdasarkan penggunaan elemen binaan struktur dan aturan perkadaran sistematik untuk reka bentuk tiang khususnya daripada aturan Ionia, Doris dan Corinth. Ciri-ciri seni bina klasik berasaskan �seni bina simetri, perkadaran, geometri dan ketetapan pola yang berulang-ulang dan penggunaan hiasan. Bahan binaan yang sering digunakan untuk seni bina klasik terdiri daripada batu, kayu, simen lepaan dan bata dengan struktur binaan galas beban dan rentang pendek. Contoh bangunan yang bercirikan aturan klasik ialah bangunan untuk kegunaan raja seperti istana, dan untuk kegunaan orang ramai seperti kuil, tempat mandi dan panggung.
Art DecoArt DecoKesenianHiasan DalamanGaya seni hiasan yang diperkenalkan pada tahun 1920-an hingga 1930-an dengan ciri-ciri yang menarik, berseri, berfungsi dan moden. Contohnya, reka bentuk corak geometri dengan warna yang terang yang digunakan terutamanya dalam objek hiasan dalaman rumah. Seni hiasan neoklasik, konstruktivisme, kubisme, modenisme, Art Nouveau dan futurisme adalah termasuk dalam kelompok Art Deco, yang mendapat namanya daripada Expositions Des Arts Decoratifs et Industriels Modernes di Paris pada tahun 1925. Gaya ini mudah dikenal pasti melalui bahan yang digunakan, iaitu aluminium, keluli tahan karat, lakuer dan inai kayu. Namun, ada juga yang menggunakan bahan eksotik, seperti kulit ikan yu dan kulit kuda belang. Penggunaan bentuk atau elemen bertingkat dan garisan melengkung beralun, serta motif. Walaupun unsur tersebut hanya bertujuan sebagai hiasan, namun banyak dipengaruhi oleh aspek politik dan falsafah. Sesuai dengan perkembangannya, Art Deco turut mempengaruhi seni hiasan dalam seni bina, reka bentuk dalaman, reka bentuk industri, fesyen, lukisan, seni grafik dan filem.
modern architectureseni bina modenKesenianSeni BinaSeni bina yang dipelopori oleh arkitek masyhur seperti Louis Sullivan, Walter Gropius, Frank Lloyd Wright, Le Corbusier dan Mies van de Rohe, yang bermula pada sekitar tahun 1920-1960, kesan daripada kemajuan teknologi dan pertumbuhan industri. Antara jenis seni bina yang terdapat dalam era seni bina moden ialah seni bina Art-Nouveau, pascamoden, teknologi tinggi (hi-tech), neoklasik dan kontemporari. Tema pengenalan kepada seni bina ini adalah seperti yang berikut: 1.���Reka bentuk bangunan yang mengikut fungsi kegunaan dan tidak mempunyai aturan piawaian seperti binaan klasik. 2.���Pertemuan sambungan bahan binaan pada sudut 90�. 3.���Ringkas dan jelas dari segi bentuk dan tidak mempunyai dekorasi berlebihan. 3.���Ringkas dan jelas dari segi bentuk dan tidak mempunyai dekorasi berlebihan. 4.��Mempamerkan struktur bangunan dengan jelas. 5.��Mempamerkan bahan binaan dalam bentuk sebenar, bukan samaran atau dibuat sebagai sesuatu bahan binaan lain. Contohnya, dalam seni bina klasik, bahan binaan daripada kayu dilepa untuk menyerupai binaan batu. 6.��Penggunaan bahan binaan buatan industri. 7.��Menitikberatkan tampak garisan mendatar dan menegak. Contoh bangunan yang dibina pada era seni bina moden ialah Istana Kaca (1935) di Belanda oleh arkitek, Frits Peutz yang menggunakan gabungan kaca dan besi waja.
Chicago SchoolSekolah ChicagoKesenianSeni BinaGaya pemikiran seni bina yang dibangunkan oleh dua pengamal seni bina di Chicago, iaitu Burnham dan J.W. Root. Gabungan pemikiran mereka telah membangunkan perwatakan gaya seni bina yang dinamakan Chicago School dan telah terkenal di seluruh dunia. Dalam sejarah seni bina, Sekolah Chicago ialah sebuah institusi seni bina yang aktif di Chicago pada awal abad ke-20. Melalui gaya ini, teknologi baharu pembinaan rangka keluli dalam bangunan perdagangan telah dibangunkan selain pembinaan ruang estetik atau keindahan ruang yang selari dengan perkembangan modenisme yang berlaku di Eropah. Sekolah Chicago yang kedua, kemudiannya muncul pada tahun 1940-an dan 1970-an yang merintis teknologi bangunan baharu dalam sistem struktur seperti struktur tiub berbingkai. Antara ciri pendekatan Sekolah Chicago ialah penggunaan kerangka keluli untuk bangunan dengan kemasan batu, kawasan tingkap plat kaca besar dan jumlah hiasan luar yang terhad. Kadangkala, unsur-unsur seni bina neoklasik digunakan dalam bangunan pencakar langit Sekolah Chicago.

Kembali ke atas