Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[néo.li.tik] | نيوليتيک

Definisi : (néolitik) (Sej) (berkaitan dgn) pe­ringkat akhir Zaman Batu apabila manusia mula tinggal menetap, bercucuk tanam, ber­ternak, dan mengasah batu utk dijadikan alat kegunaan seharian. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata neolitik


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ZAMAN NEOLITIKZAMAN NEOLITIK,  satu peringkat perkembangan budaya manusia yang bermula selepas Zaman Paleolitik, iaitu lebih kurang 10 000 S.M.  Perkataan Neolitik sebenarnya berasal daripada dua perkataan Yunani, iaitu ‘Neo’ yang bererti ‘baru’ dan ‘lithos’ yang bererti ‘batu’.  Oleh yang demikian, Zaman Neolitik biasanya dikenal juga sebagai Zaman Batu Baru.SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
BELIUNGBELIUNG, sejenis alat batu yang mencirikan kebudayaan Neolitik. SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
GELANG BATU

GELANG BATU, gelang tangan masyarakat prasejarah. Gelang batu diperbuat daripada batu berbentuk bulat dan tidak mempunyai sebarang pola hias tertentu. Teknologi pembuatan gelang batu pada zaman Neolitik diteruskan hingga pada awal zaman logam.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
GELANG TANGAN

GELANG TANGAN, perhiasan wanita yang dipakai di pergelangan tangan. Gelang tangan dipakai semenjak zaman Neolitik. Beberapa gelang tangan batu telah dijumpai di beberapa tapak cari gali di Semenanjung Malaysia. Gelang tangan zaman Neolitik dibuat daripada jenis batu padu dan sebuah lubang ditebuk di tengah-tengahnya. Gelang tangan yang dipakai oleh Orang Asli  Semenanjung diperbuat daripada akar kayu, rotan, buluh betung, kayu keras dan kayu nyirih batu.

BUDAYAAlat/Alatan
ZAMAN LOGAMZAMAN LOGAM, zaman selepas Zaman Neolitik, dan merupakan pengenalan kepada teknologi baharu dalam penghasilan alat berasaskan sumber logam.  Zaman tersebut dikatakan sebagai perubahan kebudayaan yang wujud di Asia Tenggara, di mana masyarakat prasejarah wujud di Asia Tenggara, di mana masyarakat prasejarah mampu memanfaatkan sumber logam untuk dijadikan alat.  Sebab utama kemunculan zaman ini ialah daya usaha masyarakat itu sendiri, hasil daripada pengalaman industri tembikar di mana mereka mempunyai kebolehan meningkatkan suhu pembakaran dan membuat bekas tembikar yang digunakan dalam industri logam.SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
TEMBELING

TEMBELING, tapak arkeologi terbuka yang mewakili zaman prasejarah di Malaysia, terutamanya di sepanjang Sungai Tembeling. Kawasan ini terletak di daerah Jerantut, utara Pahang. Di kawasan tersebut telah ditemukan banyak tapak prasejarah yang mendedahkan artifak daripada kebudayaan Neolitik dan Logam. Terdapat sejumlah 12 tapak arkeologi di sepanjang Sungai Tembeling dan membuktikan penemuan artifak daripada dua kebudayaan tersebut. Tapak-tapak tersebut ialah Nyong, Batu Pasir Garam, Teluk Lubuk Puai, Bukit Jong, Kampung Pagi, Kampung Bantal, Jeram Koi, Bukit Komel, Kampung Mat Daling, Kampung Gusai dan Kampung Pengau yang terletak di sepanjang Sungai Tembeling dan cawangannya.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
PEMUKUL KAIN KULIT KAYU

PEMUKUL KAIN KULIT KAYU, sejenis alat batu yang digunakan untuk menipiskan kulit kayu.  Alat ini digunakan pada Zaman Neolitik dan berterusan sehingga ke Zaman Logam.  Alat ini ditemui di beberapa tapak arkeologi di Kepulauan Asia Tenggara termasuklah di Semenanjung Malaysia iaitu di Perak, Pahang, Kelantan dan Selangor.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIArtifak/Mentifak
ZAMAN MESOLITIK

ZAMAN MESOLITIK, istilah yang merujuk kepada tahap kebudayaan yang wujud di Eropah yang bermula sekitar 10 000 tahun S.M. Zaman Mesolitik dikenal juga sebagai Zaman Batu Pertengahan yang menggambarkan perubahan teknologi dan cara hidup zaman prasejarah di Eropah.  Zaman tersebut diperkenalkan selepas C.J. Thomsen, ahli arkeologi Denmark, memperkenalkan Sistem Tiga Zaman iaitu Zaman Batu, Zaman Gangsa dan Zaman Besi.  Bermula pada tahun 1892, Mesolitik meluas digunakan untuk mentafsir zaman peralihan kebudayaan di antara kebudayaan Paleolitik dan kebudayaan Neolitik.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep

Kembali ke atas