Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[néon] | نيون

Definisi : (néon) (Kim) unsur gas nadir, tidak berwarna, tidak berbau, wujud dlm atmosfera, digunakan dlm papan tanda dan lampu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[néon] | نيون

Definisi : /néon/ gas nadir yg biasanya di­gunakan dlm beberapa jenis lampu. lampu ~ lampu elektrik berwarna-warni yg menggunakan gas neon. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata neon


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
neon colourwarna neonKesenianTiadaWarna seperti lampu neon atau berkilau seperti lampu neon.
neon tubetiub neonSosiologiTiadaTiub nyahcas gas yang mengandungi dua elektrod dan diisi dengan neon pada tekanan rendah, contohnya lampu neon.
neonneonKimiaTiadaUnsur bukan logam dalam kumpulan 0 atau VIIIA (atau 18) jadual berkala, iaitu kumpulan gas adi, simbol Ne, nombor atom 10, berat atom 20.179, takat beku -249°C, takat didih ‑246.1°C, berbentuk gas monoatom yang tidak berwarna, tidak berbau, tidak terbakar, bersifat lengai dan terdapat tiga isotop yang stabil, iaitu Ne-20, Ne-22 dan Ne-21. Udara mengandungi kira-kira 0.0012% gas neon. Unsur ini diperoleh secara penyulingan berperingkat udara cecair. Neon digunakan dalam lampu berpendarfluor dan tiub katod.
neonneonKejuruteraanTiadaUnsur gas bersimbol Ne dan bernombor atom 10.
neonneonTeknikElektrikGas lengai yang berkerintangan rendah, mempunyai ciri pengalir yang baik dan biasa digunakan dalam lampu nyahcas.
neon lamplampu neonTeknikElektrikLampu nyahcas tekanan tinggi yang biasanya digunakan untuk papan iklan. Pada asalnya, gas neon digunakan untuk lampu-lampu ini, tetapi kini pelbagai jenis gas digunakan untuk mendapatkan pelbagai warna.
neon glow-lamplampu bara neonTeknikElektrikLampu nyahcas yang terdiri daripada dua katod sejuk yang dipasang berdekatan di dalam mentol berisi gas neon, seperti diod yang berisi gas. Lampu ini akan mengeluarkan cahaya merah membara. Lampu bara neon digunakan dalam lampu penguji dan lampu penunjuk suhu seterika.
neon lamplampu neonKomunikasi MassaTiadaTiada
neon lamplampu neonKimiaTiadaTiada
neon tubetiub neonKejuruteraanTiadaTiada
1234

Kembali ke atas