Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[nép.tu.nium] | نيڤتونيوم

Definisi : (néptunium) (Kim) sj unsur logam yg radioaktif. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[nép.tu.nium] | نيڤتونيوم

Definisi : /néptunium/ ist unsur lo­gam radioaktif berbentuk pepejal pu­tih yg digunakan dlm alat pengesan neu­­tron. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata neptunium


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
NEPTUNIUM

Neptunium ialah unsur yang dicipta secara

artifisial dengan simbol kimia Np. Nombor

atomnya ialah 93. Isotopnya yang paling stabil

mempunyai berat atom 237 dan separuh hayat

dua juta tahun (lihat Sinaran ). Neptunium ditemui

oleh Edwin M. McMillan dan P.H. Abelson di

University of California, Amerika Syarikat, pada

tahun 1940. Ia mula-mula dihasilkan dengan

membedil uranium dengan neutron perlahan.

Neptunium yang dihasilkan dengan cara ini

adalah tidak stabil dan mereput untuk

membentuk isotop yang boleh digunakan untuk

pembelahan nuklear. Ahli sains mencipta banyak

neptunium dalam reaktor nuklear dan mengkaji

sifat-sifat fizikal dan kimia. Logam neptunium

mempunyai ketumpatan 20.25 gram per

sentimeter padu pada 20 ° C. Ia melebur pada

639°C.

UMUM 

Kembali ke atas