Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[nét] | نيت

Definisi : (nét); kain ~ kain jarang (spt jaring). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata net


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah istilah-istilah "net carbon emission" dan "net deforestation" boleh diterjemahkan sebagai "pelepasan karbon bersih" dan "pembasmian hutan bersih"? atau adakah terdapat istilah spesifik dalam Bahasa Malaysia? Terima kasih.Terjemahan dan istilah "net carbon emission" dan "net deforestation" dalam bahasa Melayu tiada dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terjemahan yang tuan/puan cadangkan boleh digunakan.Istilah12.10.2017
di mana nak rujuk melalui web tulisan/ejaan rumi ke jawiPuan boleh mencuba net/">http://ejawi.net namun tidak sepenuhnya mengikut Sistem Ejaan Jawi yang disempurnakan.Lain-lain17.12.2010
which net i had to go

Untuk makluman, selain daripada pengesahan bahasa dalam talian (on-line), saudara juga boleh mendapatkan pengesahan bahasa di Kaunter Khidmat Bahasa di tingkat 25, Menara DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Waktu perkhidmatan kaunter adalah seperti yang berikut:

Hari Isnin - Khamis : 9.00 pagi - 12.30 tengah hari dan 2.30 petang - 4.30 petang

Hari Jumaat : 9.00 pagi - 12.00 tengah hari dan 3.00 petang - 4.30 petang

(kecuali hari Sabtu, Ahad dan hari Kelepasan Am)

Lain-lain21.06.2011
Salam saya menghadapi masalah dalam menterjemahkan istilah-istilah Inggeris berikut ke dalam bahasa Melayu. Saya memohon bantuan pihak tuan. 1) the racket, held in a forehand grip, is taken back with a cocked wrist, 2) Forehand Clear Smash Drop Shot, 3) Backhand Drive Net Shot, 3) Underarm Lift Net Shot, 4) Forehand Overhead Clear, 5) The Backhand Net Lunge, 6) The Net Kill, 7) The Drop Shots. Untuk makluman pihak tuan, istilah-istilah tersebut digunapakai dalam sukan Badminton.Untuk makluman, tidak terdapat padanan bahasa Melayu yang khusus untuk frasa yang diberikan. Walau bagaimanapun, berikut saya senaraikan istilah yang terdapat dalam Glosari Sukan Badminton terbitan DBP.
1. racket - raket
2. forehand grip - genggam depan
3. forehand smash - smesy depan
4. drop shot - syot junam
5. drive - pukul kencang
6. backhand - kilas
7. net shot - syot jaring
8. underarm - aras siku
9. forehand - depan
10. overhead backhand clear - pukul tedas kepala
11. overhead backhand - pukul kilas kepala
12. net - jaring
13. lunge - gerak maju
14. kill service (to) - mematikan servis
Istilah09.10.2012
Karya net tidak boleh diaksesKarya net sedang dikemas kiniTatabahasa15.07.2008
Tuan, apakah maksud yang paling tepat bagi 'net selling price'? Adakah 'harga jualan bersih' atau 'harga bersih jualan'? Terima kasih.Istilah bahasa Melayu yang betul untuk 'net selling price' ialah harga jualan bersih. Istilah27.02.2012
Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Adakah betul untuk menterjemah "Dividend Equalisation" dan "Net Dividend Payable" sebagai "Penyamaan Dividen" dan "Dividen Bersih Dibayar"? Terima kasih.

Berikut merupakan cadangan padanan bahasa Melayu bagi perkataan yang dinyatakan:



1. Dividend equalization: Penyamaan dividen

2. Net dividend payable: Dividen bersih belum bayar/boleh dibayar/perlu bayar

Padanan perkataan bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.

Istilah19.02.2022
Do you provide the service for safety data sheet (SDS) translation? How is the charges? If we would like to translate in bulk, any discount?DBP tidak menyediakan khidmat terjemahan, sila rujuk Persatuan Penterjemah Malaysia melalui talian 03-92262506 atau e-mel net.my">terjemah@tm.net.my.Lain-lain30.09.2015
Saya ingin kepastian adakah laman web ini http://www.smartebook.net/cgi/member/index.php ada kaitan dengan DBP kerana ada logo DBP dan Karyanet di sana ? Terima kasih. Maklumat ini adalah untuk kepastian syarikat yg menganjur web tersebut tidak memperdaya kami untuk menyertai mereka dengan mengunakan nama DBP.DBP tidak pernah menjalinkan kerjasama dengan laman web http://www.smartebook.net. Kerjasama ini adalah antara syarikat IGD(rakan kongsi DBP yang membangunkan portal Karyanet) dengan pihak ketiga. Penggunaan logo DBP itu bukan dengan persetujuan DBP.Lain-lain01.08.2007
saya nak tanya macam mana guna dbp untuk translate bahasa melayu to bahasa inggeris. thankDewan Bahasa dan Pustaka tidak melaksanakan kerja-kerja penterjemahan. Sila hubungi Institut Terjemahan Negara, www.itnm.com.my atau Persatuan Penterjemah Malaysia, net.my">terjemah@tm.net.my .  Lain-lain21.06.2008
1234

Kembali ke atas