Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[néu.ron] | نيورون

Definisi : (néuron) (Bio) sel saraf. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[néu.ron] | نيورون

Definisi : /néuron/ ist sel saraf haiwan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata neuron


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
neuronneuronPerubatanTiadaSel saraf yang terdiri daripada jasad sel yang mengandungi nukleus dan cuaran sitoplasma, akson dan dendrit. Neuron terdiri daripada tiga jenis, iaitu neuron motor, neuron deria dan neuron pengantara. Neuron motor mengalirkan impuls dari sistem saraf pusat ke otot; neuron deria mengalirkan impuls dari organ deria ke sistem saraf pusat; dan neuron pengantara mengalirkan impuls di antara neuron deria dengan neuron motor.
interneuroninterneuronBiologiHistologi dan SitologiNeuron pada saraf tunjang yang menyambungkan neuron motor dengan neuron deria. neuron internuns; sel geganti; neuron penghubung; neuron sekutuan.
interneuroninterneuronSains SukanBiomekanikNeuron yang berfungsi sebagai medium perhubungan di antara neuron sensori (neuron aferen) dengan neuron motor (neuron eferen).
lower motor neuronneuron motor bawahVeterinarPraklinikalSaraf motor sepunya terakhir. Neuron motor bawah terdiri daripada sel tanduk ventral korda spina dan neuron motor periferi. Neuron motor bawah membekalkan impuls saraf daripada neuron motor atas ke otot rangka.
sensory neuronneuron deriaBiologiHistologi dan SitologiSel neuron yang membawa impuls deria dari organ deria ke sistem neuron pusat (CNS). neuron aferen.
connector neuronneuron penghubungBiologiHistologi dan SitologiSaraf yang menghubungkan neuron eferen dengan neuron eferen sistem saraf haiwan berbilang sel. interneuron.
synaptic processproses sinaptikSains SukanBiomekanikProses yang menghubungkan neuron dengan neuron yang lain. Proses ini berlaku melalui sinaps, iaitu titik lokasi pertemuan antara neuron dengan neuron yang lain.
afferent neuronneuron aferenPerubatanTiadaNeuron yang menghantar impuls ke sistem saraf pusat daripada periferi. Sinonim neuron sensory
beta motor neuronneuron motor betaSains SukanBiomekanikSejenis neuron motor yang terdapat di saraf tunjang. Neuron ini berfungsi menghubungkan sistem saraf pusat dengan otot intrafusal.
interneuroninterneuronPerubatanTiadaSebarang neuron didalam rantaian neuron yang terletak di antara neuron aferen primer dan neuron motor akhir.
12345678910...

Kembali ke atas