Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[néu.tral] | نيوترل

Definisi : (néutral) 1. tidak menyebelahi mana-mana pihak, berkecuali: aku mengejar politik ~; 2. Id tidak jantan dan tidak betina (bkn kata-kata), tidak aktif dan tidak pasif (bkn ayat); 3. (Kim) tidak berasid atau berbes: larutan ~; 4. (Fiz) tidak bercas elektrik: zarah ~; meneutralkan 1. menjadikan neutral (tidak berpihak ke mana-mana), menjadikan ber­kecuali: ~ bandar Baitulmuqaddis; 2. ki menjadikan tidak berbahaya atau berbisa (racun dll), menawarkan, melunturkan (bisa dll): ~ tuduhan-tuduhan lawan; 3. (Kim) menjadikan larutan neutral (dgn menam­bahkan asid pd larutan berbes dan menam­bahkan bes kpd larutan berasid); 4. (Fiz) menjadikan sesuatu (zarah dll) tidak bercas; keneutralan perihal neutral: memelihara ~; peneutralan perihal (proses) meneutralkan sesuatu; peneutral bahan yg meneutralkan: bahan ~ asid. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[néu.tral] | نيوترل

Definisi : /néutral/ 1 tidak berpihak ke mana-mana; berkecuali. 2 ist bukan asid dan bukan bes. meneutralkan 1 men­jadikan tidak memihak ke mana-mana; menjadikan berkecuali. 2 ist menjadikan neutral (dgn me­nam­bahkan asid pd larutan bes atau menambahkan bes pd larutan asid). keneutralan keadaan neutral. pe­neutralan perihal atau proses me­neutralkan. peneutral bahan yg me­neutralkan: ~ asid. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata neutral


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Prinsip sains neutral jilid 1Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1993983-62-3508-6
Prinsip sains neutral jilid 3Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1993983-62-3510-8
The Jungle is NeutralMarshall Cavendish EditionsTiada2009978-981-261-754-5
The jungle is neutralTimes Books InternationalTiada2003981-204-773-5

Kembali ke atas