Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[néu.tral] | نيوترل

Definisi : (néutral) 1. tidak menyebelahi mana-mana pihak, berkecuali: aku mengejar politik ~; 2. Id tidak jantan dan tidak betina (bkn kata-kata), tidak aktif dan tidak pasif (bkn ayat); 3. (Kim) tidak berasid atau berbes: larutan ~; 4. (Fiz) tidak bercas elektrik: zarah ~; meneutralkan 1. menjadikan neutral (tidak berpihak ke mana-mana), menjadikan ber­kecuali: ~ bandar Baitulmuqaddis; 2. ki menjadikan tidak berbahaya atau berbisa (racun dll), menawarkan, melunturkan (bisa dll): ~ tuduhan-tuduhan lawan; 3. (Kim) menjadikan larutan neutral (dgn menam­bahkan asid pd larutan berbes dan menam­bahkan bes kpd larutan berasid); 4. (Fiz) menjadikan sesuatu (zarah dll) tidak bercas; keneutralan perihal neutral: memelihara ~; peneutralan perihal (proses) meneutralkan sesuatu; peneutral bahan yg meneutralkan: bahan ~ asid. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[néu.tral] | نيوترل

Definisi : /néutral/ 1 tidak berpihak ke mana-mana; berkecuali. 2 ist bukan asid dan bukan bes. meneutralkan 1 men­jadikan tidak memihak ke mana-mana; menjadikan berkecuali. 2 ist menjadikan neutral (dgn me­nam­bahkan asid pd larutan bes atau menambahkan bes pd larutan asid). keneutralan keadaan neutral. pe­neutralan perihal atau proses me­neutralkan. peneutral bahan yg me­neutralkan: ~ asid. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata neutral


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
neutralneutralKimiaTiada1. Berkaitan dengan zarah yang tidak mempunyai cas elektrik. Misalan zarah neutral ialah neutron dan atom. 2. Berkaitan dengan larutan yang bukan asid dan bukan bes. Nilai pH larutan neutral ialah 7.
grounded neutralneutral terbumiTeknikElektrikSambungan dawai neutral ke bumi sebagai langkah keselamatan untuk melindungi pengubah dua belitan daripada bahaya kebakaran apabila belitan utama terbumi. Keadaan ini dapat diwujudkan dengan menyambungkan sadap tengah atau titik neutral belitan sekunder ke bumi.
neutralneutral; berkecualiPentadbiran PerniagaanTiadaneutral: 1. Berkaitan dengan zarah yang tidak mempunyai cas elektrik.,5. Berkecuali: Tidak menyokong mana-mana pihak.
neutral stimulusrangsangan neutralPsikologiPsikologi UmumRangsangan yang tidak memberi sebarang kesan terhadap respons. Walau bagaimanapun, dalam teori pelaziman klasik, rangsangan neutral ini boleh membangkitkan tingkah laku tertentu setelah beberapa kali dipasangkan dengan rangsangan tak terlazim yang selalunya diikuti dengan ganjaran. Rangsangan neutral yang dapat membangkitkan respons dikenali juga sebagai rangsangan terlazim. Contohnya, pada mulanya anjing tidak memberi respons kepada bunyi loceng tetapi lama-kelamaan akan mengeluarkan air liur kepada bunyi loceng setelah beberapa kali dipasangkan dengan daging.
neutralneutral; berkecualiKimiaTiadaTiada
neutralneutral; berkecualiLinguistikTiadaTiada
neutralneutral; berkecualiPendidikanTiadaTiada
neutralneutral; berkecualiKomunikasiTiadaTiada
neutralneutral; berkecualiPerubatanTiadaTiada
neutralneutral; berkecualiPertanianTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas