Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[néu.tra.lis.me] | نيوتراليسمي

Definisi : (néutralisme) dasar, sikap atau amalan tidak memihak kpd mana-mana blok kuasa dsb, terutamanya dlm hubungan antara­bangsa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata neutralisme


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
neutralismneutralismePerikananTiadaTiada
neutralismneutralismeSains PolitikTiadaTiada
neutralismneutralismePertanianTiadaTiada
neutralismneutralisme/faham neutral/faham berkecualiSains PolitikPolitik PerbandinganTiada
neutralismneutralismeBiologiEkologiHubungan antara dua spesies atau lebih, yang tidak memberikan sebarang kesan kepada spesies yang terlibat, misalnya semut di dalam sarang anai-anai.
neutralismneutralismeSains PolitikPolitik PerbandinganPendirian berkecuali atau tidak memihak kepada mana-mana pihak yang sedang bersengketa atau bersaing. Fahaman ini menekankan kedudukan bersahabat dengan semua pihak dan tidak menyokong atau memberi bantuan kepada mana-mana pihak tertentu. Fahaman ini dikembangkan oleh Monroe yang lebih dikenali sebagai Doktrin Monreo dalam dasar luar Amerika Syarikat semasa beliau menjadi presiden negara tersebut. Contohnya, Malaysia berpegang kepada faham berkecuali dalam persaingan antara blok timur dan barat semasa Perang Dingin dahulu. Sinonim faham neutral/faham berkecuali.
neutralismfaham neutralSains PolitikPolitik PerbandinganLihat neutralisme/faham berkecuali.
interspecific relationshiphubungan interspesifikBiologiEkologiHubungan antara satu spesies dengan spesies yang lain. Hubungan interspesifik terdiri daripada tiga jenis, iaitu neutralisme, simbiosis, dan antogonisme.
abstainberkecualiSains PolitikPolitik PerbandinganTingkah laku aktor politik sama ada individu, kelompok atau negara yang tidak mahu campur tangan, terlibat atau menyokong mana-mana pihak yang sedang bersaing dan berkonflik. Pendirian ini merupakan darjah berkecuali yang sangat tinggi berbanding dengan dasar neutralisme. Contohnya, Switzerland dianggap sebagai negara yang mengamalkan dasar berkecuali ini dalam pelbagai isu dan konflik dunia.
nonpartisanismfaham tidak berpihakSains PolitikPolitik PerbandinganFahaman yang berpegang kepada suatu pendirian yang bebas dan berkecuali. Fahaman ini diamalkan oleh individu atau kelompok yang tidak mahu dikaitkan dengan mana-mana pihak yang bersaing. Walaupun begitu, individu dan kelompok ini turut terlibat dalam proses pemilihan pemimpin dan kerajaan. Fahaman ini berkembang melalui konsep neutralisme dalam Pentadbiran Awam yang dipopularkan oleh Dwight Waldo. Dalam menjalankan tugas, penjawat awam mesti berpegang kepada fahaman ini.

Kembali ke atas